Thursday 24 September 2015

Terkecil hati?Terasa Hati?

Pernah tak dalam hidup ni korang rasa kecik hati sangat untuk banyak perkara tapi kau memilih untuk buat tak peduli, buat seperti tiada apa dalam pada yang sama kau masih boleh tersenyum, bergelak berdekah-dekah tapi hakikatnya di hati kau sebenarnya rasa sakit sangat,hati kau menangis dalam diam.

Pernah tak rasa macam tu?Kau nak luah tapi kau takut, kau nak hamburkan segala yang kau rasa kau tak sampai hati , kau nak terus terang kau fikir banyak kali  lastly kau memilih untuk diam  dan berlagak selamba. Hati kau  pula terus di buai-buai dengan kata-kata penyedap hati sendiri.

“Tak pe lah dah biasa kena macam ni.”
“Biar orang buat kita,jangan kita buat orang.”
“Pedulikanlah apa orang nak kata,buat bodoh sudah.”
“Dia nak kata apa pun kata lah, aku dah tak kisah, lantak pi kat dia.”
“Biasalah kalau dah jumpa kawan baru,kita ni mana dia nak ingat dah, 
buat macam kain buruk ja.”
“Think positive,semunya baik-baik saja.”
“Hati jangan nak terasa sangat.”

Seterusnya bla…bla…bla… itu sekadar contoh, lain situasi lain rasanya.

Aku juga pernah rasa ini semua, bukan sekadar pernah rasa tapi selalu sangat tapi seperti biasa aku memilih untuk diam, konon  silence is golden. Aku buat tak peduli padahal hati terasa sangat dengan kata-kata orang sekeliling, kalau setakat orang sekeliling aku pejam sebelah mata saja tapi kalau kata-kata sepedas cili, sepedih luka di jari keluar dari mulut insan yang rapat dengan aku, orang yang aku sayang,of course perasaan tu lain macam, bisa dia boleh sampai buat air mata ni terkeluar dengan sendirinya.

Aku nak tanya ni, kalau korang lah kan, apa yang korang rasa? Cuba bayangkan dan rasa perasaan tu. Aku malas nak  huraikan, aku nak korang bayang dan rasa. 
 
Kalau aku ni bermulut puaka, mungkin dah lama segala kata-kata perlian,hinaan ,cacian itu semua aku lepaskan ibarat peluru berpandu, laju tepat mengena sasaran dan aku juga dah tak kisah apa dia rasa,janji hati aku puas sebab dah berjaya luah apa yang aku rasa. Pergi jahanam la kalau perhubungan yang terbina bertahun berabad mana  sekali pun terputus dan terlerai, aku dah tak ambil peduli. 

Sejujurnya aku memang  teringin nak jadi watak macam ni, berani bersuara lantang asalkan hati sendiri terbela dan terjaga tapi aku perlu sedar aku bukan macam tu dan aku tak mampu nak jadi macam tu tapi tak tahu lah one day tetiba aku berubah sikap,bukankah manusia boleh berubah mengikut arus masa atau pun berdasarkan  pengalaman hidup.

Aku memilih diam bukan bermakna aku lemah, memilih diam tak beerti aku pengecut. Aku memilih diam hanya untuk menjaga hati orang lain. Aku memilih diam supaya aku tidak memusuhi siapa. Selagi aku boleh sabar aku terus sabar, selagi orang tak kaitkan mak ayah aku, adik beradik aku selagi itu aku boleh terus diam. 

Nak kata apa pun...kata la...aku terasa, aku kecil hati biar aku aku tanggung sendiri, luka yang dirobek biar aku letak ubat dan tampal plaster sendiri sebab aku malas untuk ambil tahu apa orang kata dekat aku, aku dah penat untuk ambil kisah dengan apa orang nak kata so diam itu mungkin lebih baik dari menjawab


Sunday 20 September 2015

Terima Kasih Tuhan

KELIRU...

Satu perkataan yang mampu aku luahkan ketika ini. Aku semakin buntu,aku penat. Seketika aku pejamkan mata ,satu keluhan berat di lepaskan dari rongga penafasan aku.
Disaat hati aku sudah menanam tekad mengejar impianku. Disaat jiwa aku berkobar-kobar menuju ke arah satu jalan demi meraih cita-citaku tiba-tiba aku lelah dan berhenti di pertengahan jalan ,keyakinan aku hilang, terus lenyap.

Aku tanya sama hati kenapa selalu berubah-ubah? Di mana letaknya sebuah pendirian? kau sudah berada di pertengahan!! Kenapa perlu berhenti disaat kau hampir ke garisan penamat?Adakah kau takut akan sebuah kegagalan?Adakah ini maksudnya kau sudah menyerah kalah dan berputus asa sebelum kau berusaha sehabis daya? Segala persolan hanya meninggalkan tapak kosong , aku tiada jawapaan untuk itu.
"Bodoh!! Pengecut!!"
Tiba-tiba satu suara bernada keras menyentak gegendang telinga, aku terdiam sesaat.Aku tertanya-tanya dari mana datangnya suara itu? 
"Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam la beb!! alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan." Kata  suara itu lagi.
"Err...kau...kau..Siapa?" Soal aku dalam nada tergagap-gagap, bulu romaku berdiri tegak.
"Kau tanya aku siapa?Bodohnya soalan kau!! Hahahahahahaha..."
Suara itu menjawab di sertai hilai tawa seakan mengejek.Entah mendengar tawa itu menerbitkan  rasa panas di hati aku, hilang terus segala ketakutan yang aku rasai tadi.
"Kau jangan main-main dengan aku!! Siapa kau sebenarnya? Lebih baik baik kau cakap!  Kau  bukan manusia kan?"
Soal aku berani, aku dah  tidak kisah kalau di depan aku ni  adalah  iblis jahanam atau jin laknat sekalipun.

"Aku adalah kau." Jawab suara itu akhirnya.
"Apa? Aku adalah kau? Merepek!!"
Aku mengeleng kepalaku, langsung tidak boleh menerima jawapan yang langsung tidak boleh diterima akal warasku.
"Kau tak percaya?Benar aku adalah kau. Aku bersuara melalui kata hati kau."Aku semakin keliru, tidak faham.
"Ayuh! bangun, pergi berdiri di depan cermin. Tengok diri kau dari hujung kepala sampai ke hujung kaki dan tanya diri kau? Kau nak apa dalam hidup ni? Sudah tercapai atau belum segala impian yang kau  catit dalam kepala otak kau atau semuanya hanya sekadar angan-angan mat jenin. Berhenti jadi seorang penakut, Jika kau mahu segala impian kau menjadi sebuah realiti,buanglah segala anasir negatif yang buat diri kau jatuh, tukarlah kepada positif. Jangan berputus asa, jika kau menemui kebuntuan di pertengahan jalan, mohonlah pada Tuhan agar di beri jalan keluar. Jangan letak diri kau dalam posisi putus asa atau menyerah kalah. Berjalan dan terus berjalan sehingga ke garisan penamat, Insha'Allah, jika di izinkan olehnya, kau akan dapat rasai apa itu kemanisan  sebuah kejayaan."
Aku mendengar suara itu berhujah, terang dan jelas segala isi yang di sampaikan sehingga dapat di cerna dengan baik menuju ke saluran kotak akal fikiranku.Tertanya-tanya juga, benarkah suara itu adalah aku sendiri?Kata hati aku?Mungkinkah?."

Beberapa saat kemudian aku seakan tersedar dari lena yang panjang. Adakah aku sedang bermimpi?Aku memerhati di setiap sudut bilik menggunakan lensa mata, tiada siapa kecuali aku. Keadaan sekitar aku sunyi dan sepi yang kedengaran hanya bunyi kipas yang ligat berpusing. Dadaku berdebar-debar, mana perginya suara tadi? Segala perbualan tadi masih aku ingati, sampai satu babak aku mula teringat akan sesuatu.

"Ayuh! bangun, pergi berdiri di depan cermin. Tengok diri kau dari hujung kepala sampai ke hujung kaki dan tanya diri kau? Kau nak apa dalam hidup ni?" Ayat itu terngiang-ngiang di ruangan mindaku.

Cepat saja aku bangun dari dari atas katil, mula mengatur langkah menuju ke arah almari pakaian, yang diluarnya sudah tertampal cermin panjang setinggi aku. Kini aku sudah berdiri tegak di depan cermin dan pantulan di dalam cermin itu sudah tentu aku. Aku tengok diri aku, dari hujung kepala hingga hujung kaki seperti yang disarankan oleh suara itu. Apa yang aku dapat lihat? Sempurna tiada cacat celanya, anggota fizikal aku cukup segalanya, syukur alhamdulilah di atas segala kenikmatan yang di beri olehnya.Selain itu? Aku memandang diri aku didalam cermin sedalamnya, Aku mula faham akan sesuatu.

"Aku adalah manusia yang ada impian dan cita-cita tetapi tidak pernah berusaha menjadikan itu semua sebagai realiti. Dikurniakan bakat yang mampu menjana pendapatan dan kepuasan dalam diri malangnya aku selalu gagal sahut segala peluang yang terbentang di depan mata. Mungkin betul kata suara itu, aku umpama hangat-hangat tahi ayam, bersemangat di awalnya dan meninggalkan semuanya bila rasa susah. Konon hidup aku berprinsip tapi malangnya hati tak pernah tetap."

Aku menyedut oksigen dalam-dalam, dan melepaskan karbon dioksida secara perlahan-lahan ke udara. Aku raup muka aku menggunakan kedua belah tapak tangan aku .Sekali lagi aku perhati wajah aku dicermin untuk beberapa minit, aku memasang tekad. Mulai hari ini, jam ini dan saat ini aku perlu berubah jadi insan baru. Aku perlu bangkit! agar tidak terus diselimuti angan-angan kosong yang kesudahannya hanya memberikan seribu kerugian pada diri sendiri. Aku perlu berusaha mendaki anak tangga demi anak tangga sehinggalah berjaya menawan puncak. Kali ini aku tak akan gagal, aku akan jadikan impian menjadi kenyataan. Aku akan buktikan yang aku bukan sekadar tin kosong tetapi tin berisi sardin.

"Terima kasih Tuhan kerana menyedarkan aku. Syukur Alhamdulilah...."


 ## Sekadar cetusan ilham, tidak ada kena mengena di antara yang hidup atau pun
      yang telah meninggal dunia. Sekian Terima Kasih.
       

Tuesday 15 September 2015

Perbualan sesama jiran

Kita manusia sering melihat dengan pandangan kasar

Hakikatnya kita sering menilai dari luar tanpa tahu isi dalamnya

melemparkan kata-kata berbau sindirian, berperisakan sinis.

A : "Anak kau kerja apa?"
B : "Kerja kilang."
A : "Engineer?"
B : "Tak, Technician"
A : "Aku ingat Engineer sebab anak kau ada Degree bahagian tu kan.?"
B : "Majikan sekarang tengok pengalaman selepas itu baru kelulusan"
A : "Maknanya anak kau kena mula dari bawah?"
B : Sekadar mengangguk
A : "Kalau begitu penat dan rugi ja la belajar tinggi-tinggi tapi bila dah kerja kena mula dari bawah."
B : "Tak ada istilah penat atau rugi dalam mencari ilmu.Soal kerja adalah berkaitan rezeki,bukan hak kita
      untuk mempertikaikan rezeki yang Allah bagi."
A : Terus terdiam.

>>Perbualan diatas sekadar "Contoh".
>>Fahami mesej yang ingin disampaikan
>>Realiti : Mentaliti masyarakat kita pada hari ini.
>>Sekadar pandangan dari sudut permerhatian lensa mata.




Monday 14 September 2015

Kerjernihan Air Sungai Bangang

Siapa yang tak jatuh hati tatkala melihat air sungai yang airnya begitu jernih. Sudah tentu rasa teruja melihat panorama yang begitu indah biarpun hanya melalui gambar. Siapa cakap Malaysia tak ada tempat yang menarik untuk diterokai, buktinya Sungai Bangang adalah satu daripadanya. Airnya yang jernih menggamit sesiapa sahaja untuk datang kesini  bermandi manda.


Aku mengetahui Sungai Bangang ni pun melalui satu entri yang aku baca di laman sesawang Oh Bulan! dan aku juga rasa terpanggil untuk menulis mengenai sungai bangang ni. Kepada yang bercadang ingin datang kesini bersama ahli keluarga, aku rasa anda perlu fikirkan terlebih dahulu kerana tidak mudah untuk datang kesini, Hanya yang mempunyai hati yang kental dan mempunyai tahap stamina yang tinggi boleh sampai kesini. 

Sungai Bangang sebenarnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak semua yang berjaya sampai ke sini memandangkan lokasinya yang jauh dan tinggi.Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya sampai sini dah lewat petang, maghrib.

Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Berminat atau tidak untuk datang ke sini?Kalau berminat dan ada kesungguhan korang juga boleh sampai kesini bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan". Mungkin perlu tempuhi segala kesusahan untuk sampai kesini tapi aku rasa ianya sangat berbaloi. 

Aku juga pernah join aktiviti mendaki gunung dan bukit masa zaman study dulu,serius aku cakap biar pun penat tapi  percayalah ianya memberikan satu kepuasan pada diri sendiri  apatah lagi dapat ke tempat yang secantik ni,dimana tidak semua orang berkesempatan untuk sampai kesini. Aku juga harap suatu hari nanti aku juga diberikan peluang untuk sampai ke Sungai Bangang ni.




CBL TERANGGANU? DIMANAKAH?

CBL Terangganu? Dimanakah? Pada mulanya aku pun tertanya-tertanya maksud di sebalik nama singkatan CBL sebab baru pertama kali dengar .Jawapan kepada segala persoalan adalah seperti di bawah. Aku sekadar copy and paste daripada website Oh Bulan! sebab tak tahu macam mana nak terangkan.
  
Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.

Sangat jernih airnya.

CARA UNTUK SAMPAI SINI?

Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.

Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

Kalau korang teringin datang sini tapi tak tahu tapi tak ada group untuk datang sini?Senang je,korang boleh join group yang aktif dalam aktiviti mendaki gunung dan sudah tentu mereka ini di kalangan yang lebih arif dalam selok belok jalan mendaki gunung. korang boleh pilih dan usha yang ni 16 'Outdoor Groups' Yang Anda Boleh Sertai Untuk Pelbagai Aktiviti Lasak Dan Ekstrem



Sunday 13 September 2015

Al-kisah "Last seen"

Suatu malam...

Girlfriend menunggu boyfriend  hantar whatsapp, dengan penuh sabar dia menunggu. 

Girlfriend  faham boyfriend sibuk berkerja, biasalah kerja shift jadual kerja yang tak menentu tapi hari ni girlfriend tahu yang boyfriend kerja pagi dan baliknya malam .

Girlfriend terus menunggu walaupun dia tahu penantian itu suatu penyeksaan, dia tetap menunggu.Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tidak girlfriend yang memulakan dulu hantar whatsapp?Kenapa perlu menunggu boyfriend? 

Mungkin ada suara-suara sumbang berkata, 

"Nampak sangat gedik nak kan perhatian boyfriend,nak cari "Point" gaduh + bertekak sebab boyfriend tak hantar whatsapp dulu la tu". Dalam nada menyindir sambil buat memek muka jeling.

Untuk pengetahuan sekalian alam Girlfriend tak ada la "Desperate" sampai tahap tu. Girlfriend sekadar nak tengok sejauh mana sikap ambil berat boyfriend, tak mintak banyak,sikit pun tak pe asalkan ada.

Kalau sebiji kek bulat yang berukuran 8inci tu ,kalau boleh dapat sepotong kek pun dah cukup buat girlfriend tu gembira dan tersenyum. Hahaha... Ok, itu sekadar metafora.

Sehingga tepat pukul 12.00am belum ada tanda bunyi di telefon yang menandakan ada whatsapp masuk. Hati girlfriend mula terbakar bukan hanya kerana boyfriend tak hantar tapi angkara whatsapp angkara "last Seen" boyfriend yang berubah-ubah sejak pukul 8.30pm tadi. 

"Whatsapp dengan siapakah?Kenapa dia tak whatsapp aku?" Anasir curiga mula menerjah akal yang waras.

Sejak tadi lagi, pelbagai gambaran negatif bermain di kotak  fikiran tapi di tepis girlfriend dengan pelbagai alasan penyedap hati sendiri. Mungkin boyfriend"busy", Mungkin boyfriend sedang whatsapp kawan-kawan dia,Mungkin boyfriend perlu ruang "privacy" untuk diri dia sendiri dan family dia. Girlfriend? Mungkin sekejap lagi boyfriend hantar la tu whatsapp.Sudah tentu satu patah ayat "Mungkin" hanya untuk pujuk hati sendiri sedangkan hati dah patah seribu

Mungkin bersamaan = Tak pasti....

Girlfriend capai handphone berlogo apple miliknya (made in china), lantas di buka whatsapp chats boyfriend... tertera "online" menandakan boyfriend sedang online. Semakin mendidih hati girlfriend macam gunung berapi yang ingin memuntahkan laharnya.

Girfriend terus taip whatsapp...

"hai, you buat apa tu." disertai sekali emoticon smile padahal sepatutnya letak emoticon angry.

"Tak buat ape sayang, I baru bangun. Tertido tadi...letih sangat. Kerja banyak la hari ni sayang. I'm really sorry, because I do not Whatsapp you. I baru je online, baru je I nak whatsapp you tapi you whatsapp dulu dah" Disertai sekali emoticon sleepy and smile.

"What? Tertidur?Baru online?Alasan kurang cerdik!. Kau ingat aku ni bodoh ke ape?Habis yang last seen whatsapp kau dari tadi asyik berubah masa? Sape yang duk online? Hantu?Nak tipu pun, lain kali private la dulu kau punya last seen, tak payah public. Grrrr...kau ingat aku tak tengok kau punya last seen..." Urghhh!!

Hanya mampu luah kemarahan dalam hati. Girlfriend tidak mahu terburu-buru , step by step...
Permainan baru bermula, jika boyfriend berani bermain dengan tali, girlfriend pula perlu berani bermain dengan jerat.

"Tertidur?Hurmm...tak ape le kalau you mengantuk, you tidur la . Good night and sweet dreams."Balas girlfriend.

Ayat dalam mesej tak seiring dengan perasaan di hati. Girlfriend semakin sakit hati , rasa bagai nak pecah.

"It's ok sayang. Mata I dah segar bila dapat whatsapp dari you. I rindu you sangat! You buat ape? Kenapa tak tidur lagi ni?

Balas boyfriend kepada girlfriend disertai emoticon love and smile.

Sayang...?Rindu...? Kalau ada taik telinga ni, confirm habis terkeluar bila dengar ucapan semanis semanis air tebu.

"You I tetiba rasa mengantuk lah lagi pun esok I kena bangun awal. I tidur dulu ye, sorry sangat-sangat.
Take care dear." 

"Balas girlfriend kepada boyfriend, semakin girlfriend berbalas whatsapp dengan boyfriend semakin hatinya sakit, lagi di tunggu girlfriend takut gunung berapi bakal meletus.

"Hurmm...ok..." Hanya dua patah perkataan di balas oleh boyfriend. Girlfriend tahu boyfriend sudah merajuk namun ego dan kata hatinya melarang memujuk , apa lagi disaat hatinya sedang hangat terbakar.

Terus girlfriend "offline" dalam sedar atau tak sedar, girlfriend terus tertidur dan handphone masih berada dalam genggaman tangan girlfriend.




++ Nampak tak "last seen" di whatsapp mampu memporak-porandakan sesuatu hubungan, walaupun dalam kisah ni, hubungan tu masih beterusan tetapi sebenarnya, ia dalam proses menuju kehancuran. "last seen" mampu menimbulkan syak wasangka dan curiga yang akhirnya boleh memusnahkan sesuatu hubungan.

>>>Moral this history

*Jangan suka membuat andaian tanpa mengetahui kebenaran
*Berterus terang lebih baik daripada memendam perasaan.
*Ego mampu memusnahkan kebahagiaan



Saturday 12 September 2015

Back to Nature ( Tadom Hill Resort )




Tadom Hill Resort

Awesome! Amazing! Fantastic!

Masa mula-mula tengok gambar yang sekarang ni tengah viral di laman sosial, serius aku ingat tempat ni bukan di Malaysia. Dalam kepala otak aku, bayangkan tempat ni mungkin di Thailand atau pun Indonesia tapi tekaan aku meleset sama sekali, ternyata tempat ni di Malaysia.

Tadom Hill Resort

Back to nature...

Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti lasak dan cintakan alam semula jadi , tempat ni wajib korang kunjungi. Sangat sesuai di jadikan tempat untuk beriadah dan camping bersama keluarga dan kawan-kawan.

Di kelilingi oleh permandangan bukit bukau batu kapur dan kejernihan air tasik yang berwarna kehijauan merupakan daya tarikan utama disini. Difahamkan tempat ni baru sahaja di buka dan beberapa daya tarikan lain masih lagi dalam proses pembinaan.

Tadom Hill Resort

Terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor, hanya mengambil masa 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada Bandaraya Kuala Lumpur.


Berkonsepkan resort yang di perbuat daripada buluh, jika di lihat daripada gambar boleh di katakan hampir semua struktur yang dibina dengan buluh. Difahamkan kawasan Tadom Hill Resorts ini dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar dalam membuat sesuatu menggunakan hasil hutan.



 
 Kerusi Buluh 
 
 Bilik mandi dan tandas juga di perbuat dari Buluh
unik dan kreatif
 
Screen Shot 2015-09-07 at 1.23.03 PM 
Tadom Hill Resort terletak di Perkampungan Orang Asli
 Screen Shot 2015-09-07 at 5.51.23 PM 
Setakat ini Tadom Hill Resort menyediakan 3 jenis pakej "Tempat Tinggal" kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman "Overnight" disini  iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites,Vip Bamboo Hut. Sebelum bercadang untuk "Check in" di sini better korang check dulu di website mereka sebab takut penuh.

Tadom Hammock Sphere 
 
                                      Tadom Tent Site                                              
  Vip Bamboo Hut


TADOM FLASH


Pelbagai aktiviti menarik yang boleh di lakukan di sini antaranya...

Bergayut Seperti Tarzan...





Terapung Diatas Air

Floating lounge chairs (Lexies)

   Kerusi buluh ni boleh di gunakan untuk bersantai di atas air sambil menikmati keindahan alam semula jadi



Bersantai Diatas Rakit Buluh


 

Lompat! Terjun! dan Selam !

Diving platform


 Buaian Buluh Diatas Air 



Duduk di atas buaian buluh di atas air yang kedalamannya mencecah 20 kaki. Bagi pendapat aku bukan mudah untuk naik atas buaian tu jika kaki tidak mencapai dasar tasik. Perlu ada kegigihan, usaha dan teknik yang betul. Walaupun tak pernah cuba tapi boleh bayangkan sebenarnya naik buaian buluh ni tak semudah yang dilihat seperti di dalam gambar.


TADOM BASE CAMP



Bagi yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak, boleh cuba semua aktiviti yang di sediakan di Tadom Base. Difahamkan terdapat juga aktiviti seperti Flying Fox, Water Sliding dan lain-lain lagi di sini tetapi harganya berbeza.


Kadar bayaran yang di kenakan?




Menarik atau tidak Tadom Hill Resort? Walaupun aku tak pernah sampai lagi  disini tetapi aku yakin tempat ni berbaloi untuk di kunjungi. Hanya dengan melihat gambar sahaja sudah buat aku jatuh hati . Apa pun tempat ni belum siap sepenuhnya . Mungkin bila dah siap sepenuhnya nanti ,tidak mustahil  Tadom Hill Resort bakal menjadi antara tempat percutian yang "popular" di Malaysia.

Untuk segala pertanyaan dan tempahan , korang boleh la "check" sendiri di website mereka http://www.tadomhillresorts.com/  atau pun boleh tengok info di laman facebok  https://www.facebook.com/tadomhill?fref=nf 
 

>>Sumber gambar : Website Tadom Hill Resort, OH BULAN, Facebook Tadom Hill Resort