Wednesday 20 July 2016

Gilakah aku?

Gilakah aku?
jika di fikiran ini
selalu angankan untuk memilikimu
melalui detik suka dan duka bersama-sama
biar susah senang kita tempuhi berdua
menemaniku sehingga ke hari tua

Gilakah aku?
jika aku selalu berfikir
yang kau juga mempunyai rasa yang sama
seperti aku...
rasa kasih dan sayang yang kian
berkembang mekar dari hari ke hari
rasa rindu yang kian membebankan dada

Gilakah aku?
jika aku mengharapkan
hubungan ini di bawa ke frasa seterusnya
sedangkan kau masih berdiam diri
meninggalkan persoalan yang belum terjawab
sehingga saat ini.


Sunday 17 July 2016

Kepuasan dalam kehidupan

Tahu tak dimana kemuncak kepuasan dalam kehidupan?
Bila kau boleh buat perkara positif yang kau suka dan cintai
dan kau boleh mengembara ke mana sahaja yang kau inginkan
tanpa sebarang halangan dan tentangan.

Tanya hati

Benar!
Kita mampu untuk menipu sesiapa sahaja
lain yang keluar di mulut lain pula yang di rasakan di hati
Nafilah sekeras-kerasnya
tak mengapa jika itu yang kita inginkan
tak ada salahnya
tiada siapa juga yang tahu bukan?

Tapi cuba tanya hati sendiri
sampai bila kita mahu tipu hati sendiri
sampai bila kita tidak mahu jujur dengan apa yang kita rasakan dihati
mengapa harus di sembunyikan
mengapa harus berpura-pura dengan diri sendiri
bukankah berterus-terang itu lebih enak rasanya.