Friday 18 March 2016

Kata aku

Kata aku...
Aku ingin menjadi seorang penulis buku

Kata aku... 
Aku ingin menjadi seorang penulis rencana
di dada akhbar

Kata aku...
Aku ingin menjadi penulis cerpen dan puisi
menghiasi ruangan majalah mingguan

Jika itu kata aku...

mana hasilnya?
mana buktinya?

Aku diam tidak bersuara
tertunduk malu
badan aku kaku

Kata aku itu...
hanya meniti di bibir
umpama tin kosong tiada isi 

 

Tuesday 15 March 2016

Warkah untuk abang...

Aku tak kisah andai suatu hari kau lupa aku
pernah jadi adik kau
biar bukan sedarah sedaging
tapi kita di besarkan satu bumbung yang sama
di beri kasih sayang tak berbelah bagi
oleh insan yang dipanggil ayah

Kau perlu ingat satu perkara wahai abang
biar diantara ayah dan kau tiada jalinan darah
kau paling bertuah 
di tatang bagai minyak yang penuh
di sayangi dan di sanjung
apa yang kau mintak tak pernah ayah tak tunai
gadai tanah, baju tidak bertukar, berkereta lama
untuk siapa abang?
semuanya untuk kau
demi menyara kau di menara gading

Impian ayah ingin lihat kau berjaya dalam hidup
dengan harapan bila usia senjanya tiba nanti
ayah dapat berkongsi sedikit kejayaan yang kau kecapi
sebab diantara kita bertiga hanya kau saja cemerlang
dalam bidang akademik
tapi apa yang kau balas
bila segala pengorbanan yang di taburkan 
kau hancurkan dengan sekelip mata
kau sia-siakan peluang
impian ayah ingin lihat kau tamatkan pelajaran
tak kesampaian...
punah ranap

Ayah kecewa abang bila kau tak habiskan pengajian kau
kau nampak ayah macam biasa
tapi jauh di sudut hatinya dia teramat kecewa 
ayah langsung tidak bersuara
sebab dia sayangkan kau

Kau tahu tak kerana sayangkan kau jugak
ayah tak tergamak beritahu siapa status dia dengan kau
sebab apa?
sebab ayah tak mahu kehilangan kau
ayah tak mahu kau jauh dari dia
bukan ayah sengaja nak rahsiakan segalanya dari pengetahuan kau
semunya kerana ayah terlalu sayangkan kau

Abang kau sedar tak sekarang 
kau dah tak macam yang kami kenali dulu
dulu kau rapat dengan kami semua
tapi semenjak kau kahwin
segalanya bagaikan berubah
kenapa abang?
apa puncanya?
kau cipta jarak
semakin renggang
semakin jauh
ayah perasan itu semua abang
tapi dia pura-pura berlakon seperti tiada apa-apa

Abang...
biar pun ayah tak pernah cakap
aku dapat rasa betapa ayah rindukan kau
cuba beritahu aku berapa kerap kau berbual dengan ayah?
berapa kali kau tegur ayah?
berapa kali kau berkumpul dengan kami semua
makan berhidang, menonton Tv bersama-sama
kau balik kerja, kau berkurung dalam bilik
ayah sebenarnya rindukan anak dia yang dulu
mana perginya semua itu abang

Jangan cakap kau berubah setelah kau tahu sendiri
siapa keluarga kandung kau yang sebenar
lantas tawar hati dengan ayah sebab merahsiakan dari kau!
kalau itu puncanya kau semakin renggang dengan kami
kau perlu sedar yang ayah bukan saja-saja nak rahsiakan dari kau
kau perlu sedar itu!!
kalau tak kerana sayang sudah lama ayah beritahu kau
siapa diri kau yang sebenarnya.

Aku tak kisah kau nak jauhkan diri dari aku, mak dan abang im
sebab kami muncul dalam hidup ayah selepas kau 
tapi tolonglah aku berharap sangat abang
Janganlah kau buat ayah seperti tidak pernah wujud dalam
kehidupan kau...
hargailah ayah, sayangi dan layani ayah bagaimana seorang anak
perlu melayani ayahnya dengan penuh rasa cinta dan kasih

Ingatlah abang,ayah selama ini  
sudah banyak bersusah payah membesarkan kau 
sejak kau masih bayi sehingga sekarang kau sudah bergelar
khalifah kepada isteri dan anak-anak kau
mendidik kau sehingga kau menjadi seorang manusia seperti sekarang
jangan jadi anak yang tak mengenang jasa dan budi.
biar apa pun talian ayah dengan kau
ingatlah kau tetap anak ayah!

Aku percaya kasih sayang ayah dekat kau sedikit pun 
tak akan pernah berubah
tak akan pernah luntur
sehingga ke hujung nyawanya


Monday 14 March 2016

Pendiam tak bermakna sombong!


Siapa kata hidup ini mudah?

Dalam hidup ini setiap permulaan yang kita ingin lakukan
semuanya tak mudah
setiap perkara perlu belajar dan di ajar

Andai kata makan itu mudah
kecik-kecik dulu kita tak akan di ajar 
bagaimana caranya memegang sudu dan garpu
kita tak akan di ajar teknik makan nasi menggunakan tangan

Andai kata berjalan dan berdiri itu mudah
tak mungkin kecik-kecik dulu kita bertatih berjalan perlahan-lahan
terjatuh dan tergolek, belum lagi yang luka tersembam terkena kepala

Kemudahan akan kita capai bila kita berjaya tempuh segala kesusahan
belajar dan terus belajar benda baru, biar susah macam mana sekali pun
teruskan dan jangan mengalah!

Amat mustahil kemudahan di kecapi dengan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa
tidur di atas katil empuk dan berharap bila terjaga pada pagi esok segalanya sudah
terbentang di hadapan mata

Ahh! itu semua karut!
fantasi yang direka-di reka
hakikatnya realiti tidak sebegitu mudah


monolog (i)

Aku terjah otak,apa yang aku sedang fikirkan sekarang, jawab otak kabur! cuba tanya hati. Lantas aku pun menuju ke arah hati dan bertanya. 

"Hati apa sebenarnya aku fikirkan sekarang?"

Jawab hati itu bukan tugas aku untuk scan apa yang kau fikirkan sekarang.

Dah sudah aku semakin buntu! game apakah ini? 

Otak kembali bersuara kau sebenarnya terlalu banyak berfikir sampai kau sendiri tak tahu apa yang kau sedang fikirkan dan hati pula mencelah hati kau sedang sakit sebenarnya,kau sendiri tak dapat tafsir apa yang yang kau rasa sekarang sebab hati kau tak tenang! Aku terduduk, langsung tak bersuara. 

Kata otak dan hati lagi, carilah jalan untuk pulihkan kembali otak fikiran dan hati kau sebelum ianya mati secara perlahan-lahan. 

"Bagaimana caranya?"Soal aku.

Kembali bersujud kepadanya,dekatkan diri kepadanya, In Sha Allah segalanya pasti akan pulih seperti sedia kala. Aku hanya mampu terdiam membisu. Ayat terakhir tu deep! hati aku bagai dicarik-carik! baru tersedar betapa jauhnya jarak aku dengan dia. Ya Allah,ampunkan aku Ya Allah!

#‎Monolog‬

Thursday 10 March 2016

Parit Buntar Run (28 Februari 2016) Ciaaaa...ciaaa !!

Penat tetapi seronok, tiga perkataan yang aku boleh gambarkan selepas selesainya aktiviti "Parit Buntar Run" yang berlangsung pada 28 Februari 2016 yang lepas, anjuran Generasi Muda Ventures. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan, biar pun hanya sertai untuk kategori "Fun Run" sejauh 5km tapi bagi aku ianya sangat berbaloi untuk sertai aktiviti sebegini .Buat aku yang baru first time berjinak-jinak dalam aktiviti larian sebegini, 5km tu dah cukup menguji ketahanan mental dan fizikal aku. Next time mungkin boleh cuba untuk larian 12 km ke atas, itu pun bergantung kepada stamina, kalau stamina tak cukup kental, takut belum sampai lagi ke garisan penamat, dah pancit di tengah jalan.


Di katakan pihak penganjur meneriman 2000 penyertaan dari dalam, luar perak. Apa yang aku tahu perserta dari sabah turut sanggup turun ke Parit Buntar semata-mata ingin menyertai  acara ini. Aku harap pihak penganjur bolehlah meneruskan acara sebegini untuk tahun hadapan. Mungkin salah satu tarikan untuk orang ramai menyertai acara larian ini adalah trek dan laluannya yang berbeza dari larian yang lain dimana peserta berlari dalam kawasan kampung, melalui kawasan perkampungan nelayan, seterusnya melalui kawasan tepi laut dan kawasan sawah padi. Lebih menarik lagi sambil berlari boleh menikmati panaroma matahari terbit.


Goodies collection/Bib N0, 27 Februari 2016 (9am-9pm)
Dewan JKK, Tanjung Piandang, Perak  


Ok dekat bawah ni aku sertakan sekali Tentatif  Parit Buntar Run 2016, syukur alhmadulilah segalanya berjalan dengan lancar cuma aku ja, sehari selepas acara ni jalan dah serupa nenek bawak tongkat, mungkin urat terkejut kot sebab serius aku langsung tak buat sebarang training sebelum sertai acara larian ni, memang  padan muka aku la kan, siapa suruh tak buat training...hehe...


TENTATIF
PARIT BUNTAR KAMPUNG RUN 2016
“BAN PECAH TANJUNG PIANDANG PERAK”
TARIKH - MASA -PERINCIAN -LOKASI


1) 27HB FEB 2016
9am-9pm Pengambilan
Goodies / Bib No
Dewan JKK
Tanjung Piandang, Perak.

2) 28HB FEB 2016
6.00am Check-in /
Short briefing

3) 28HB FEB 2016
7am “Flag off”
Semua Kategori 12km

4) 28HB FEB 2016
7.20am “Flag off”
Kategori 5km

5) 10.30am
Penyampaian Hadiah Oleh VIP
Semua Kategori
Cabutan Bertuah

Perlepasan untuk semua kategori 12km

                              Menunggu detik untuk perlepasan bagi kategori Fun Run 5km

                           
Sebelum berlari, kita take selfie dulu














Panorama matahari terbit, Tanjung Piandang Perak, super awesome! 


Fun Run..ciaaa..ciaa.. 

 Finesher 5km

Kesimpulannya, bagi aku aktiviti sebegini sangat enjoy dan best. Penat memang penat tapi penat tu tak akan terasa bila berlari beramai-ramai, tak mampu lari, jalan pun boleh yang penting berjaya sampai ke garisan penamat,kalau stop di pertengahan jalan medal memang tak kan dapat, sekadar dapat sijil saja jadi rugi lah bayar berpuluh ringgit tapi akhirnya medal tak dapat kan sebab dalam acara larian "Fun Run" ni, medal tu yang orang kejar. 

Sekarang aku rasa macam ketagih nak sertai aktiviti larian macam ni lagi walaupun aku bukanlah jaguh dalam acara larian ni, namun itu bukanlah penghalang untuk aku sertai lagi di masa akan datang.

Chia...chiaa...Parit Buntar Run! Terbaik. Tahniah buat penganjur Generasi Muda Ventures dan Kerajaan Negari Perak sebagai penaja rasmi untuk Parit Buntar Run, Ban Pecah ,Tanjung Piadang Perak.