Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, 16 August 2016

Mana lebih sakit?

Cinta bertepuk sebelah tangan
memang sakit
bagaimana rasanya sakit itu
usah di tanya
sulit untuk di ceritakan
tapi percaya cakap aku
sakit itu tidak lama

Tahu tak?
Bukan seminggu dua
bertahun lamanya rahsia hati aku di tutup dalam peti besi
hati aku ini bagai nak pecah memendam rasa
di hadapan dia aku tekad berterus terang

"Saya cintakan awak! Sudah lama sejak pertama kali kita menjadi sahabat"

Tapi apa yang aku dapat?
cinta aku di tolak sekerasnya!
dengan satu alasan kukuh, dia hanya anggap aku
tidak lebih dari seorang sahabat

Tak mengapa
aku terima dengan senyuman
soal hati mana mungkin boleh di paksa-paksa

Sedih?
tipulah kalau aku cakap tak sedih
tapi pelik aku tidak menangis
aku rasa lega
tersangat lega
seolah-olah beban batu menghempap hati ini
sudah di angkat kembali
kini aku baru faham

Ternyata
cinta di tolak tidaklah sesakit cinta yang di pendam
tapi tak berani untuk meluahkan.

Wednesday, 20 July 2016

Gilakah aku?

Gilakah aku?
jika di fikiran ini
selalu angankan untuk memilikimu
melalui detik suka dan duka bersama-sama
biar susah senang kita tempuhi berdua
menemaniku sehingga ke hari tua

Gilakah aku?
jika aku selalu berfikir
yang kau juga mempunyai rasa yang sama
seperti aku...
rasa kasih dan sayang yang kian
berkembang mekar dari hari ke hari
rasa rindu yang kian membebankan dada

Gilakah aku?
jika aku mengharapkan
hubungan ini di bawa ke frasa seterusnya
sedangkan kau masih berdiam diri
meninggalkan persoalan yang belum terjawab
sehingga saat ini.


Sunday, 17 July 2016

Tanya hati

Benar!
Kita mampu untuk menipu sesiapa sahaja
lain yang keluar di mulut lain pula yang di rasakan di hati
Nafilah sekeras-kerasnya
tak mengapa jika itu yang kita inginkan
tak ada salahnya
tiada siapa juga yang tahu bukan?

Tapi cuba tanya hati sendiri
sampai bila kita mahu tipu hati sendiri
sampai bila kita tidak mahu jujur dengan apa yang kita rasakan dihati
mengapa harus di sembunyikan
mengapa harus berpura-pura dengan diri sendiri
bukankah berterus-terang itu lebih enak rasanya.

Thursday, 12 May 2016

Angkat kaki

Bukan aku mintak kau layan aku 24 Jam
cukuplah sedikit perhatian
tak mintak banyak
cukuplah sekadar mesej bertanyakan khabar
kalau itu pun kau tak boleh bagi
lebih baik aku pergi angkat kaki
dari terus pendam rasa sakit di hati

Aku doakan kau tak mati bunuh diri

Kau tahu tak apa tentang diri kau
buat aku penat nak ambil tahu
Bila kau datang mintak aku pinjamkan telinga
untuk luah masalah cinta kau yang tiada kesudahan
dalam pada masa yang sama
kau mintak aku kasi semangat
minta aku kasi pendapat
mintak aku kasi nasihat
Tapi bila mulut aku sampai berbuih
bagi kau semangat
bagi kau pendapat
bagi kau nasihat

Tiba-tiba kau boleh  cakap dengan aku...

"Hurmm...Tak apa la, aku rasa belum boleh move on! Mungkin aku perlu ikut kata hati aku..."

Jadi apa guna kau mintak...
aku kasi semangat!
aku kasi pendapat!
aku kasi nasihat!
kalau kau tetap tak boleh move on!
tetap nak ikut kata hati kau
yang sikit saja lagi nak masuk wad icu.

Aku sendiri pun confuse!
aku doakan kau tak mati bunuh diri


Wednesday, 11 May 2016

Tiada gantinya ( Ibu )

Senyum itu masih bisa aku lihat
suaranya masih kedengaran di halwa telinga aku
dia masih berada di hadapan aku
masih tetap setia di sisi aku

Syukur...
Aku masih di beri kesempatan itu
kesempatan untuk bergurau senda dengannya
menatap wajah senjanya
bisa mengengam jari jemarinya dengan penuh rasa cinta
bisa memeluknya erat
mencium pipi kendurnya
merasai keenakan masakannya
biar sekadar hanya nasi goreng bersama telur mata
kesedapannya bisa buat aku rindu

Ya...benar!
Dia harta paling bernilai bagi aku
tiada tolak bandingnya
andai sahaja aku diminta untuk tukar dia
dengan segunung emas permata
dengan rumah banglo yang serba serbi lengkap perkakas di dalamnya
dengan kereta ranger rover kesukaan aku
aku tetap pilih dia
dan dia
kerna apa?
kerna dia seorang ibu!

Seorang ibu...
Yang bersusah payah mengandungkanku selama 9 bulan
yang rela menanggung kesakitan
dua kali ganda melebihi sakit sengugut
di saat proses kelahiran aku
menjaga dan menyayangi aku sehingga kini
kerna itu
bagi aku nilainya seorang ibu itu melebihi
apa sekali pun yang ada di dunia ini
tiada gantinya.



Thursday, 28 April 2016

Masalah

Ada suatu ketika
Ketika masalah datang tanpa di undang
Aku rasa mahu pergi jauh dari semua orang yang aku sayang
Kerana aku tidak mahu menjadi beban.

Biarlah aku hadap sendiri
Walau sesukar mana pun mencari jalan keluar
Walau otak bagai nak pecah di buatnya...
Aku tak peduli!
Asalkan masalah aku tetap masalah aku
Tidak menjadi masalah untuk mereka tanggung bersama aku

Janji

Tak perlu berjanji kalau tak mampu tepati
takut nanti janji memakan diri sendiri


Badut jadian

Berpura-pura menjadi orang lain!

Untuk apa?

Demi menarik perhatian orang di sekeliling
supaya di sanjungi dan di minati?

Kesian!

Apa gunanya memperolehi semua itu
jika hanya memperbodohkan diri sendiri
sehingga rela menjadi badut jadian

Sunday, 24 April 2016

Keyakinan

Ayuh
bangkitlah dari tidur yang panjang 
mulakan langkah baru
semangat baru
cipta senjata
melawan sifat malas dan putus asa
bina benteng pertahanan diri
untuk terus kuat dan tetap pendirian

Marilah
usah bertangguh lagi
mulakan hari ini
tingkatkan keyakinan diri
buat sesuatu untuk tebus kegagalan lalu
bersikap optimis!
pandang terus ke depan
fokus dengan apa yang kita impikan
usah lagi berpaling ke belakang

Yakin dengan diri sendiri
kita pasti boleh melakukannnya


Manusia Keras

Kau kata dekat aku

Kau manusia keras
tak mungkin tertunduk dan di tundukkan

Jiwa kau besi
Hati kau batu

Tak akan sesekali lentur
tak akan sesekali
bazirkan air mata
hanya kerana cinta 
yang belum tentu berakhir dengan ijab dan kabul

Memang mudah bukan
bila hanya berkata-kata

Kau belum ada pengalaman itu sayang
kau belum pernah rasa 
bagaimana indahnya
apabila mencintai dan dicintai
bagaiman sakitnya
apabila di tinggalkan lalu di permainkan sesuka hati
   
Jika sampai masa kau alaminya sendiri
kau akan mengerti
yang hati manusia tidaklah sekeras itu
 

Tuesday, 12 January 2016

Cinta pertama

Cinta pertama adalah permulaanya
untuk merasai cinta yang lebih agung

Biar

Biar kita kehilangan kawan
biar sahabat menjauhkan diri
asalkan keluarga sentiasa disisi
paling penting
ada Tuhan yang sentiasa menemani

Sunday, 10 January 2016

Stop and go

Kau datang bila kau mahu
kau pergi sesuka hati kau
apa kau ingat aku ni hentian rawat dan rehat (R&R)?
can you stop and go.



Kau kata...


















Kau kata
aku keras macam batu
hati aku macam bongkah ais
keras membeku!

Kau kata
aku tak layak dijadikan teman
masa susah dan senang
di kala suka atau duka

Tapi...
kau yakin?

betulkah itu aku
seperti yang kau tafsirkan
kau cukup kenal aku ke?
jangan hanya mereka-reka cerita
jika kau belum cukup kenal aku macam mana

aku bukan seperti yang kau lihat dengan mata kasar
aku bukan seperti yang kau fikirkan

hanya melihat dari luaran
kau sudah berani membuat penilaian
sedangkan apa yang kau lihat
belum seratus peratus
membuktikan kepastian dan kebenaran
 

Tuesday, 22 December 2015

Statik

Aku pandang screen monitor
fikiran aku kosong
sesekali jari jemari aku menari perlahan
di atas papan keyboard

taip...padam, taip...padam
sehingga otak aku naik penat

Aku tidak mengalah
aku cuba lagi dan lagi
mengerah selagi terdaya
dengan harapan idea keluar umpama air paip yang mengalir

malangnya masih statik!


Hampa...

aku  terus tekan butang shutdown

moga esok idea datang mencurah-curah

Wednesday, 16 December 2015

Agak-agak

Bila aku ada
kau buat tak kisah
kau buat aku macam tak ada
agak-agak bila aku tak ada nanti
kau kisah tak?

Saturday, 12 December 2015

Mendesak

Kau terlalu mendesak
sehingga buat aku jadi sesak
kau ingat hati aku ni boleh main paksa-paksa!!

Bukan alasan

Jarak jauh bukan alasan
kau terpaksa pilih dia dari aku
tapi hati kau sebenarnya
tak cukup kuat
untuk aku!

Berubah


Kita pernah berjanji
kita akan bersahabat selamanya
sehingga ke hujung nafas
tapi hari ni apa sudah jadi
kita semakin renggang
mesej bila rasa teringat
contact bila rasa perlu

Kita tak sedar yang kita semakin jauh
terlalu jauh sahabat
kau dengan cara kau
aku dengan cara aku
pendapat saling bercanggah
pemikiran kian berbeza
adakah ini beerti kita sudah berubah?