Saturday 11 August 2018

Aku singgah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Lama sudah aku tidak singgah disini , kalau sebuah rumah jika di tinggalkan bertahun-tahun
begini barangkali sudah bersawang, di makan anai-anai, lalang meninggi setinggi bumbung umpama sebuah rumah usang yang di tinggalkan tuannya, tidak berpenghuni, tidak diambil tahu, 
tidak di jaga.

Aku singgah disini kerana rindu. Suatu perasaan yang sukar untuk aku jelaskan. 
ya aku rindu untuk menulis seperti dulu , impian yang pernah ada tetapi tidak pernah
terlaksana. Impian menjadi seorang penulis pernah  menjadi angan-angan aku dulu, 
itu minat aku, itulah cintaku namun sekarang segalanya sudah berbeza. Terlalu lama aku 
tinggalkan sehingga aku lupa cara untuk kembali. 

Aku tidak minta menjadi penulis yang di kenali, aku hanya menulis kerana atas dasar cinta. 
Haruskah aku pupuk kembali rasa cinta itu. Bagaimana caranya? berjayakah aku untuk mengerah idea yang sudah tepu di bawa arus masa atau aku perlu mencari diri aku yang dulu?

Tunggu sahaja, mungkin aku akan kembali ligat menulis disini, mungkin? tunggu sahajalah.