Thursday 19 November 2015

Bila nafsu melebihi akal

Kau couple
kau pergi tempat sunyi dengan dia
konon nak romantik
konon nak berkasih sayang
dari berpegang tangan
terus ke adegan berat
nafsu bermaharajalela
kau terlanjur dengan dia
masa tu dah tak kenal
dosa atau pahala
dah tak ingat ayah dan mak

bila nafsu melebihi akal
yang waras
kau tewas
atas nama tiket sayang dan cinta
kau rela maruah kau tergadai

wahai kaum perempuan
sedarlah
jangan kerana cinta
kau rela diri kau di sentuh sesuka
oleh lelaki yang belum tentu
jadi muhrim kau
kerana yang lebih berhak
adalah lelaki yang bergelar suami
bukan kekasih
bukan juga tunang


Thursday 12 November 2015

Please come back!

Aku hanya pandang skrin monitor
kosong dan bersih
jari jemari tidak lagi ligat menari-nari
di atas papan keyboard

saat ini 
detik ini
otak aku bagai ketul ais
tidak cair seperti yang aku mahu
ilham mana kau pergi
please come back!

Friday 6 November 2015

Rindu Hiking !!

Jika di tanya pada aku apa yang aku dapat dari aktiviti hiking gunung atau bukit.jawapan paling mudah aku bagi ialah aku dapat kepuasan yang aku sendiri tak dapat nak luah dengan kata-kata. Satu kenangan indah dan pengalaman yang sangat berharga dalam hidup aku.

memang keluarga aku tak sokong aktiviti aku ni dulu, biasalah risaukan pasal keselamatan aku takut terjadi apa-apa, aku faham perasaan mereka tapi aku percaya malang tak berbau boleh terjadi dimana-mana, sekali pun tengah tidur dalam bilik, bahaya tu tetap ada. Ada juga antara kawan-kawan aku pernah cakap dengan aku.

"Wehh! Shima, bahaya la masuk hutan, ada binatang berbisa, ada makluk halus"

"Takutlah hiking beb!! bahaya buat aktiviti macam tu, baik pergi sunway lagoon ja."

kalau semua benda kita takut nak buat, bila kita nak jadi berani? Tak kan selamanya nak berada di zon selesa. Setiap perkara pasti ada risiko dan bahayanya. Percayalah buat benda yang kita takut nak buat tu la akan bagi perasaan luar biasa bila takut bertukar menjadi berani.

dulu aku pun tak tak berapa nak yakin aku boleh aktiviti hiking ni ke tak sebab aku bukan jenis perempuan yang ada daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat pun, tapi bila di ajak kawan-kawan kolej, aku pun join dan dari pertama kali aku join tu aku terus jatuh cinta dengan aktiviti sebegini lebih-lebih lagi bila dapat tengok view dari atas puncak yang bagi aku sangat awesome.

betapa indahnya ciptaan Tuhan... Perfect!! Amazing!! Fantastic!!

Sekarang dah bertahun tak buat aktiviti lasak macam ni.Selepas bergelar alumni dan kembali menetap di Kedah, terus stop. Habis study terus tak ada buat aktiviti macam ni dah. Sumpah aku rindu nak hiking balik.

rindu serindunya...



Mat jenin

Angan-angan memang indah
tapi lebih indah jika berusaha
menjadikan angan-angan itu
menjadi sebuah realiti
bukan hanya sekadar
berangan-angan mat jenin
angan-angan kosong
fantasi semata-mata


Pernah kau rasa?


Pernah kau rasa rimas
menyampah gila
dengan seseorang yang tak berhenti
menagih kasih dan cinta kau
setiap hari mesej
setiap hari call
setiap hari hantar ayat-ayat manis
dengan harapan kau jatuh cinta dekat dia
setiap kali mesej masuk inbox kau hanya menjeling
setiap kali dia call kau  just ignore padahal kau tengah pegang phone
kau malas nak layan
sebab kau rasa annoying sangat
sampai satu tahap kau rasa nak block je dia
tapi tak sampai hati sebab dia kawan kau sendiri
dan selama ini pun
kau hanya anggap dia sebagai kawan biasa
no more than that
tapi tidak bagi dia
dia anggap kau istimewa
more than friends
pernah tak kau rasa situasi macam ni
sepanjang kau hidup




Wednesday 4 November 2015

Sungguh aku rindu



Sungguh aku rindu!!
dia yang aku anggap sahabat
dulu terlalu erat bagai isi dan kuku
segala manis pahit di kongsi bersama

kini 130 darjah dah berubah

kau dengan cara kau
aku dengan cara aku
fikiran tak sama
pendapat saling bercanggah
contact sekali sekala

bukan niat aku menjauh
cuma aku dapat rasakan
kita sekarang berada di dua dunia berbeza
sangat asing

aku tahu mungkin aku bukan sahabat yang baik
sebab aku tahu kau dah ada yang lebuh baik dari aku
cuma aku nak cakap 
aku rindu kenangan kita yang dulu
tersangat rindu

Apa yang aku nak?

Ada yang bertanya pada aku
dalam hidup ni apa yang aku nak
aku jawab dengan senyuman
bukan pujian melangit yang aku dambakan
bukan kekayaan harta benda yang melimpah ruah
bukan  populariti hanya untuk dipuja dan di sanjung tinggi
bukan juga mengimpikan jejaka kacak berbadan sado
untuk di jadikan teman sehidup semati
kalau itu semua bukan yang kau nak?
jadi apa sebenarnya kau nak?
mereka bertanya lagi
aku menarik nafas dalam-dalam
lantas menjawab
perlu ke aku beritahu seisi dunia
apa yang aku nak?
tak semua benda
tak semua perkara
perlu di hebohkan dan di ceritakan
biarlah hanya aku dan Tuhan saja yang tahu