Pernah tak
dalam hidup korang, falling in love with someone, korang beranikan diri luah apa yang korang rasa terhadap dia tapi dia reject dengan alasan dia bukan untuk korang dan dia tak mungkin bersama korang.
Pernah
tak dalam hidup korang, korang admire someone dalam diam, dari jauh
korang hanya pandang tapi korang tak berani tegur lastly dia terus
hilang, tak jumpa dah selepas tu.
Pernah
tak dalam hidup korang, korang like someone tapi selepas tu baru korang
tahu rupa-rupanya dia sudah dimiliki, tak mungkin korang nak sailang
hak orang, then korang pun buat keputusan lupakan dia.
Pernah
tak dalam hidup korang, korang ada someone yang dah buat korang jatuh
hati tapi someone tu pulak sebaliknya terhadap korang tapi dalam pada
masa yang sama ada pulak someone lain yang benar-benar sayangkan korang
tapi korang pulak sebaliknya.
Pernah
tak dalam hidup korang, dipertemukan dengan someone yang di panggil
true love tapi akhirnya korang kehilangan dia disebabkan takdir yang telah ditentukan,Tuhan lebih menyayangi dia lebih dari korang
menyayangi dia.
Pernah
tak dalam hidup korang, memiliki someone yang korang sudah yakin yang
dia adalah jodoh korang...segala plan ke arah proses ijab kabul korang
dah buat...kursus kahwin dah pergi sama-sama tapi akhirnya relationship
tu terputus jugak di pertengahan jalan, cinta tak kesampaian.
Pernah
tak dalam hidup korang, jumpa someone yang buat hati korang berdegup
kencang bagai nak gila, korang suka pandang wajah dia, korang happy bila
dengan dia, korang selesa berada di samping dia, korang tak boleh dia
tak ada dan korang nak sangat dia jadi peneman korang selagi korang
masih bernafas dan ternyata dia jugak berperasaan yang sama jugak
seperti kau.
pernah tak korang rasa semua tu?
Setiap dari kita mungkin mempunyai kisah yang berbeza ,melalui jalan yang berlainan cerita tapi masih tetap berpaksi pada rasa yang sama, iaitu CINTA.
No comments:
Post a Comment