Sunday 25 October 2015

Review : Kelabu By Nadia Khan - Buku Fixi -

 




 First time baca buku Fixi, first time baca kelabu karya Nadia Khan, first time baca buku genre sebegini. Bermula dengan first time ini jugalah, aku nak cakap yang aku dah jatuh cinta dengan Buku Fixi. Tak tahu kenapa sampai sekarang aku rasa ketagih nak baca buku terbitan buku Fixi  ni dan buku Kelabu adalah permulaanya. Bagi aku, Kelabu bukan novel melayu yang aku selalu baca, yang aku dah boleh agak ending dia macam mana. Kelabu 100% verry different. Nadia Khan memang telah berjaya buat pembaca rasa tertipu, banyak trick yang di gunakan dalam novel ni dan syabas trick tu memang berjaya , no wonder lah Kelabu di ulang cetak dari Tahun 2011 ( Tahun pertama Kelabu diterbitkan) sehinggalah sekarang, tahun 2015, bertahan hampir 5 tahun tahun , itu sudah buktikan Kelabu  dekat di hati pembaca.

Ikhlas dari hati aku ni, aku suka jalan cerita kelabu yang disusun dengan baik, sangat cantik, pemilihan bahasa yang simple dan santai, mudah nak di hadam oleh otak sebab  ada setengah novel  jalan ceritanya telalu complicated sampai otak jadi penat tetapi tidak bagi Kelabu. Lagi satu pengggunaan ganti nama "Aku" telah buatkan aku dapat menyelami jiwa Amir dengan lebih mendalam lagi, senang cakap aku rasa lebih dekat dengan watak Amir, apa yang Amir rasa aku juga terkena tempiasnya. Paling aku suka Amir dengan monolong dalamanya yang memberikan pelbagai perisa dan rasa. Ada satu  babak dimana Tok Wan Amir meninggal dunia dalam tidur seriously telah  berjaya buat mata aku masuk habuk, muka surat 442-446

x

Secara keseluruhan, Nadia Khan telah berjaya membina satu plot cerita yang selama ini sering di pandang negatif oleh masyarakat kepada satu sudut yang berbeza , merubah segala persepsi kepada satu arah yang berlainan. Setiap watak dalam kelabu sangat hidup,saling ada kaitan bukan sekadar watak belakang tabir yang sengaja di buat untuk mencantikkan jalan cerita. Sememangnya bukan mudah untuk hidup di dunia Amir, berada dalam situasi hitam dan putih yang kurang jelas jugak bukanlah kehendak dia tapi ada sesuatu yang buatkan dia memilih untuk hidup dalam dunia kelabunya,ada banyak back story yang akan menjelaskan sejarah kehidupan dia, sebab apa dan mengapa dia boleh jadi seperti sekarang. 

Untuk ending pulak, serius aku tak menjangka endingnya yang sebegitu rupa. Dalam kepala otak aku ni dok bayangkan happy ending tapi rupanya jauh tersasar. Mungkin Nadia Khan sengaja nak bagi pembaca untuk mentafsir sendiri siapa lelaki itu. Shah atau Amran? Ramai yang mengatakan Shah tapi entah kenapa hati aku rasa macam lelaki di muka pintu itu adalah Amran tetapi tak mustahil jugak Shah, alahai penasaran sudah beb.

SINOPSIS KELABU :-

Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih.
Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci,
lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang tengah-tengah?
Apa jadi pada orang-orang macam aku?

Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun?
Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?

Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?

Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana ada hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku.
Dunia KELABU.



Kepada peminat novel sekalian, aku sangat recommended untuk beli kelabu,baca then cuba hadam dengan sebaiknya.Untuk kelabu ni, aku bagi 4 bintang setengah daripada 5 bintang. Kenapa aku tak bagi 5 bintang terus? kenapa harys bintang setengah , itu disebabkan aku geram dekat ending kelabu yang buat aku tertanya-tanya sampai sekarang yang lain-lain aku boleh katakan awesome! .Kepada Nadia Khan you're a very talented writer,semoga terus maju jaya dan terus menghasilkan naskah yang best...best... lagi selepas ni.


No comments:

Post a Comment