Friday 6 November 2015

Rindu Hiking !!

Jika di tanya pada aku apa yang aku dapat dari aktiviti hiking gunung atau bukit.jawapan paling mudah aku bagi ialah aku dapat kepuasan yang aku sendiri tak dapat nak luah dengan kata-kata. Satu kenangan indah dan pengalaman yang sangat berharga dalam hidup aku.

memang keluarga aku tak sokong aktiviti aku ni dulu, biasalah risaukan pasal keselamatan aku takut terjadi apa-apa, aku faham perasaan mereka tapi aku percaya malang tak berbau boleh terjadi dimana-mana, sekali pun tengah tidur dalam bilik, bahaya tu tetap ada. Ada juga antara kawan-kawan aku pernah cakap dengan aku.

"Wehh! Shima, bahaya la masuk hutan, ada binatang berbisa, ada makluk halus"

"Takutlah hiking beb!! bahaya buat aktiviti macam tu, baik pergi sunway lagoon ja."

kalau semua benda kita takut nak buat, bila kita nak jadi berani? Tak kan selamanya nak berada di zon selesa. Setiap perkara pasti ada risiko dan bahayanya. Percayalah buat benda yang kita takut nak buat tu la akan bagi perasaan luar biasa bila takut bertukar menjadi berani.

dulu aku pun tak tak berapa nak yakin aku boleh aktiviti hiking ni ke tak sebab aku bukan jenis perempuan yang ada daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat pun, tapi bila di ajak kawan-kawan kolej, aku pun join dan dari pertama kali aku join tu aku terus jatuh cinta dengan aktiviti sebegini lebih-lebih lagi bila dapat tengok view dari atas puncak yang bagi aku sangat awesome.

betapa indahnya ciptaan Tuhan... Perfect!! Amazing!! Fantastic!!

Sekarang dah bertahun tak buat aktiviti lasak macam ni.Selepas bergelar alumni dan kembali menetap di Kedah, terus stop. Habis study terus tak ada buat aktiviti macam ni dah. Sumpah aku rindu nak hiking balik.

rindu serindunya...



No comments:

Post a Comment