Thursday 19 November 2015

Bila nafsu melebihi akal

Kau couple
kau pergi tempat sunyi dengan dia
konon nak romantik
konon nak berkasih sayang
dari berpegang tangan
terus ke adegan berat
nafsu bermaharajalela
kau terlanjur dengan dia
masa tu dah tak kenal
dosa atau pahala
dah tak ingat ayah dan mak

bila nafsu melebihi akal
yang waras
kau tewas
atas nama tiket sayang dan cinta
kau rela maruah kau tergadai

wahai kaum perempuan
sedarlah
jangan kerana cinta
kau rela diri kau di sentuh sesuka
oleh lelaki yang belum tentu
jadi muhrim kau
kerana yang lebih berhak
adalah lelaki yang bergelar suami
bukan kekasih
bukan juga tunang


No comments:

Post a Comment