Thursday 3 December 2015

Kematian


Aku terdiam dan berfikir sejenak

Sepanjang minggu ni saja aku telah di khabarkan dengan satu persatu kematian.

Sesungguhnya dari dia kita datang, dari dia juga kita akan kembali.

Bermula dari berita pemergian ayah rakan sekolah rendah aku, yang di katakan sesak nafas secara tiba-tiba dan telah di sahkan meninggal dunia oleh doktor ,Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada pagi 26.11.2015.

Selepas itu aku di kejutkan pula dengan berita pemergian Pakyus atau lebih di kenali dengan nama Yus Jambu. Memang aku terkejut sebab aku terasa macam baru ja tengok dia di kaca tv, nampak dia sihat,masih mampu menghiburkan orang ramai dengan jenaka dia tiba-tiba dapat tahu dia telah pergi meninggalkan kita semua pada 30 November 2015, jam 12.45 pagi di percayai akibat serangan jantung. Beberapa jam sebelum arwah Pakyus meninggal dunia beliau masih sempat membuatkan persembahan untuk program Raja Band di dataran merdeka dan masih sempat bergambar dengan peminatnya. Aku mungkin tak pernah jumpa atau bersembang dengan arwah Pakyus tapi pemergian dia tetap di rasai.

Sehari selepas pemergian Pakyus.1 Disember 2015, pukul 7.32 malam, aku dan kita semua di kejutkan pula dengan pemergian Seniwati Mariani dan Mariam Ismail. Allayarhamah Mariani telah menghembus nafas terakhir pada usia 82 tahun di rumah kediamannya di Sentul. Difahamkan Seniwati Mariani menderita kanser usus sejak beberapa tahun yang lalu.

Semalam pula, 2.12.2015 aku di khabarkan berita rakan sekolah aku ketika sekolah menengah tidak sedarkan diri dan telah di pindahkan ke wad ICU. Pada mulanya suspek denggi, dan aku ada baca status yang dia update dekat facebook  bertarikh 28.11.2015 yang dia kena tahan dekat wad dan semalam tiba-tiba dapat tahu dia dah tak sedarkan diri, dan di katakan ada masalah lain, disebabkan sejenis kuman yang boleh menyerang organ lain. Walaupun aku tak rapat dengan dia masa zaman sekolah dulu tapi aku kenal dia, dan aku doakan dia kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.

Pada tarikh yang sama jugak, aku di di beritahu yang jiran lorang belakang rumah aku, telah kembali ke rahmatullah di fahamkan di sebabkan  muntah. Punca sebenar aku tidak pasti. Semoga Roh arwah di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

Sebenarnya ada sesuatu yang bermain di fikiran aku, adakah ini juga hidayah buat aku supaya tidak terus leka dengan kenikmatan dunia yang hanya bersifat sementara..Adakah ini jugak petanda mengingatkan aku yang kematian itu datang dalam pelbagai cara, orang yang sihat boleh meninggal dengan secara tiba-tiba walau 2,3 jam sebelum itu kelihatan dia masih tertawa dan bergurau senda.

Aku akui, selama ini aku agak jauh dari dia, solat aku tidak terjaga, semakin kurang berdoa, berzikir apatah lagi.Fokus aku  pula seakan lebih ke arah dunia sedangkan yang abadi adalah akhirat sana, yang aku selalu fikir macam mana aku nak cari duit, nak makan itu ini, teringin melancong sana sini, inginkan kebahagian dan ketenangan hidup sedangkan semua itu, Insha Allah aku akan dapat kalau hubungan aku dengan Allah Swt terjaga tetapi aku sibuk dengan hal duniawi yang  pada hakikanya lansung tak bawa aku kemana, melainkan membuatkan aku terus hanyut dan terleka

Mungkin ini satu hint yang Allah Swt bagi dekat aku supaya aku sedar dan kembali sujud kepadanya. Aku harap ini adalah permulaan yang baik buat aku dan semoga masih ada ruang untuk memperbaiki segala yang kurang.

Mengingati mati cara terbaik untuk manasihati diri. #Munasabahdiri

No comments:

Post a Comment