Saturday, 31 October 2015

Patung beruang

Kau macam chipsmore
kejap ada
kejap tak ada
kau boleh hilang tanpa jejak
kau boleh muncul bila-bila masa kau nak
apa kau ingat aku ni patung beruang
yang kau boleh main dan campak sesuka hati

Aku dah biasa

Tipu kalau aku kata
aku tak terasa
aku tak terkecil hati
aku tak terguris hati
dengan...
layanan kau
cara kau
sikap kau
tapi apa aku buat
aku masih tersenyum
aku masih ketawa
aku masih  bergurau senda
kerana apa?
kerana aku pilih untuk
pura-pura tak kisah
dan fikir tak apa lah
aku dah biasa

Monday, 26 October 2015

Dunia kosong

Kadang-kadang
kita cuba jauhkan diri
dari orang sekeling
dari dunia luar
dari segala yang menyakitkan hati
konon hidup sendiri itu lebih baik
hati tidak sakit
fikiran tidak serabut
jiwa lebih tenang
tapi itukah yang kita nak
hidup dalam dunia kosong
hanya kita di situ

Layak atau tidak?

Kita selalu merungut
apa yang kita nak tak dapat
tapi pernah kita fikir
layak atau tidak
diri kita ni
dapatkan semua
yang kita nak

Sunday, 25 October 2015

Pernah Tak?


Pernah tak dalam hidup korang, falling in love with someone, korang beranikan diri luah apa yang korang rasa terhadap dia tapi dia reject dengan alasan dia bukan untuk korang dan dia tak mungkin bersama korang.

Pernah tak dalam hidup korang, korang admire someone dalam diam, dari jauh korang hanya pandang tapi korang tak berani tegur lastly  dia terus hilang, tak jumpa dah selepas tu.

Pernah tak dalam hidup korang, korang like someone tapi selepas tu baru korang tahu rupa-rupanya dia sudah dimiliki, tak mungkin korang nak sailang hak orang, then korang pun buat keputusan lupakan dia.

Pernah tak dalam hidup korang, korang ada someone yang dah buat korang jatuh hati tapi someone tu pulak sebaliknya terhadap korang tapi dalam pada masa yang sama ada pulak someone lain yang benar-benar sayangkan korang tapi korang pulak sebaliknya.

Pernah tak dalam hidup korang, dipertemukan dengan someone yang di panggil true love tapi akhirnya korang kehilangan dia disebabkan takdir yang telah ditentukan,Tuhan lebih menyayangi dia lebih dari korang menyayangi dia.

Pernah tak dalam hidup korang, memiliki someone yang korang sudah yakin yang dia adalah jodoh korang...segala plan ke arah proses ijab kabul korang dah buat...kursus kahwin dah pergi sama-sama tapi akhirnya relationship tu terputus jugak di pertengahan jalan, cinta tak kesampaian.

Pernah tak dalam hidup korang,  jumpa someone yang buat hati korang berdegup kencang bagai nak gila, korang suka pandang wajah dia, korang happy bila dengan dia, korang selesa berada di samping dia, korang tak boleh dia tak ada dan  korang nak sangat dia jadi peneman korang selagi korang masih bernafas dan  ternyata dia jugak berperasaan yang sama jugak seperti kau.

pernah tak korang rasa semua tu?

Setiap dari kita mungkin mempunyai kisah yang berbeza ,melalui jalan yang berlainan cerita tapi masih tetap berpaksi pada rasa yang sama, iaitu CINTA.

Review : Kelabu By Nadia Khan - Buku Fixi -

 




 First time baca buku Fixi, first time baca kelabu karya Nadia Khan, first time baca buku genre sebegini. Bermula dengan first time ini jugalah, aku nak cakap yang aku dah jatuh cinta dengan Buku Fixi. Tak tahu kenapa sampai sekarang aku rasa ketagih nak baca buku terbitan buku Fixi  ni dan buku Kelabu adalah permulaanya. Bagi aku, Kelabu bukan novel melayu yang aku selalu baca, yang aku dah boleh agak ending dia macam mana. Kelabu 100% verry different. Nadia Khan memang telah berjaya buat pembaca rasa tertipu, banyak trick yang di gunakan dalam novel ni dan syabas trick tu memang berjaya , no wonder lah Kelabu di ulang cetak dari Tahun 2011 ( Tahun pertama Kelabu diterbitkan) sehinggalah sekarang, tahun 2015, bertahan hampir 5 tahun tahun , itu sudah buktikan Kelabu  dekat di hati pembaca.

Ikhlas dari hati aku ni, aku suka jalan cerita kelabu yang disusun dengan baik, sangat cantik, pemilihan bahasa yang simple dan santai, mudah nak di hadam oleh otak sebab  ada setengah novel  jalan ceritanya telalu complicated sampai otak jadi penat tetapi tidak bagi Kelabu. Lagi satu pengggunaan ganti nama "Aku" telah buatkan aku dapat menyelami jiwa Amir dengan lebih mendalam lagi, senang cakap aku rasa lebih dekat dengan watak Amir, apa yang Amir rasa aku juga terkena tempiasnya. Paling aku suka Amir dengan monolong dalamanya yang memberikan pelbagai perisa dan rasa. Ada satu  babak dimana Tok Wan Amir meninggal dunia dalam tidur seriously telah  berjaya buat mata aku masuk habuk, muka surat 442-446. 

x

Secara keseluruhan, Nadia Khan telah berjaya membina satu plot cerita yang selama ini sering di pandang negatif oleh masyarakat kepada satu sudut yang berbeza , merubah segala persepsi kepada satu arah yang berlainan. Setiap watak dalam kelabu sangat hidup,saling ada kaitan bukan sekadar watak belakang tabir yang sengaja di buat untuk mencantikkan jalan cerita. Sememangnya bukan mudah untuk hidup di dunia Amir, berada dalam situasi hitam dan putih yang kurang jelas jugak bukanlah kehendak dia tapi ada sesuatu yang buatkan dia memilih untuk hidup dalam dunia kelabunya,ada banyak back story yang akan menjelaskan sejarah kehidupan dia, sebab apa dan mengapa dia boleh jadi seperti sekarang. 

Untuk ending pulak, serius aku tak menjangka endingnya yang sebegitu rupa. Dalam kepala otak aku ni dok bayangkan happy ending tapi rupanya jauh tersasar. Mungkin Nadia Khan sengaja nak bagi pembaca untuk mentafsir sendiri siapa lelaki itu. Shah atau Amran? Ramai yang mengatakan Shah tapi entah kenapa hati aku rasa macam lelaki di muka pintu itu adalah Amran tetapi tak mustahil jugak Shah, alahai penasaran sudah beb.

Wednesday, 21 October 2015

Berapa banyak

Aku terleka
terbuai-buai oleh
keasyikan
mata aku terpejam
bibir aku tertutup rapat
menghayati kenikmatan
dunia persinggahan sementara
aku hanya diam menikmati
keindahan ini
sehingga tibanya detik puncak
aku menarik nafas lega
aku bangun perlahan
flush di tarik
entah berapa banyak
yang dilaburkan
aku tidak pasti