Tuesday 15 March 2016

Warkah untuk abang...

Aku tak kisah andai suatu hari kau lupa aku
pernah jadi adik kau
biar bukan sedarah sedaging
tapi kita di besarkan satu bumbung yang sama
di beri kasih sayang tak berbelah bagi
oleh insan yang dipanggil ayah

Kau perlu ingat satu perkara wahai abang
biar diantara ayah dan kau tiada jalinan darah
kau paling bertuah 
di tatang bagai minyak yang penuh
di sayangi dan di sanjung
apa yang kau mintak tak pernah ayah tak tunai
gadai tanah, baju tidak bertukar, berkereta lama
untuk siapa abang?
semuanya untuk kau
demi menyara kau di menara gading

Impian ayah ingin lihat kau berjaya dalam hidup
dengan harapan bila usia senjanya tiba nanti
ayah dapat berkongsi sedikit kejayaan yang kau kecapi
sebab diantara kita bertiga hanya kau saja cemerlang
dalam bidang akademik
tapi apa yang kau balas
bila segala pengorbanan yang di taburkan 
kau hancurkan dengan sekelip mata
kau sia-siakan peluang
impian ayah ingin lihat kau tamatkan pelajaran
tak kesampaian...
punah ranap

Ayah kecewa abang bila kau tak habiskan pengajian kau
kau nampak ayah macam biasa
tapi jauh di sudut hatinya dia teramat kecewa 
ayah langsung tidak bersuara
sebab dia sayangkan kau

Kau tahu tak kerana sayangkan kau jugak
ayah tak tergamak beritahu siapa status dia dengan kau
sebab apa?
sebab ayah tak mahu kehilangan kau
ayah tak mahu kau jauh dari dia
bukan ayah sengaja nak rahsiakan segalanya dari pengetahuan kau
semunya kerana ayah terlalu sayangkan kau

Abang kau sedar tak sekarang 
kau dah tak macam yang kami kenali dulu
dulu kau rapat dengan kami semua
tapi semenjak kau kahwin
segalanya bagaikan berubah
kenapa abang?
apa puncanya?
kau cipta jarak
semakin renggang
semakin jauh
ayah perasan itu semua abang
tapi dia pura-pura berlakon seperti tiada apa-apa

Abang...
biar pun ayah tak pernah cakap
aku dapat rasa betapa ayah rindukan kau
cuba beritahu aku berapa kerap kau berbual dengan ayah?
berapa kali kau tegur ayah?
berapa kali kau berkumpul dengan kami semua
makan berhidang, menonton Tv bersama-sama
kau balik kerja, kau berkurung dalam bilik
ayah sebenarnya rindukan anak dia yang dulu
mana perginya semua itu abang

Jangan cakap kau berubah setelah kau tahu sendiri
siapa keluarga kandung kau yang sebenar
lantas tawar hati dengan ayah sebab merahsiakan dari kau!
kalau itu puncanya kau semakin renggang dengan kami
kau perlu sedar yang ayah bukan saja-saja nak rahsiakan dari kau
kau perlu sedar itu!!
kalau tak kerana sayang sudah lama ayah beritahu kau
siapa diri kau yang sebenarnya.

Aku tak kisah kau nak jauhkan diri dari aku, mak dan abang im
sebab kami muncul dalam hidup ayah selepas kau 
tapi tolonglah aku berharap sangat abang
Janganlah kau buat ayah seperti tidak pernah wujud dalam
kehidupan kau...
hargailah ayah, sayangi dan layani ayah bagaimana seorang anak
perlu melayani ayahnya dengan penuh rasa cinta dan kasih

Ingatlah abang,ayah selama ini  
sudah banyak bersusah payah membesarkan kau 
sejak kau masih bayi sehingga sekarang kau sudah bergelar
khalifah kepada isteri dan anak-anak kau
mendidik kau sehingga kau menjadi seorang manusia seperti sekarang
jangan jadi anak yang tak mengenang jasa dan budi.
biar apa pun talian ayah dengan kau
ingatlah kau tetap anak ayah!

Aku percaya kasih sayang ayah dekat kau sedikit pun 
tak akan pernah berubah
tak akan pernah luntur
sehingga ke hujung nyawanya


No comments:

Post a Comment