Penat tetapi seronok, tiga perkataan yang aku boleh gambarkan selepas selesainya aktiviti "Parit Buntar Run" yang berlangsung pada 28 Februari 2016 yang lepas, anjuran Generasi Muda Ventures. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan, biar pun hanya sertai untuk kategori "Fun Run" sejauh 5km tapi bagi aku ianya sangat berbaloi untuk sertai aktiviti sebegini .Buat aku yang baru first time berjinak-jinak dalam aktiviti larian sebegini, 5km tu dah cukup menguji ketahanan mental dan fizikal aku. Next time mungkin boleh cuba untuk larian 12 km ke atas, itu pun bergantung kepada stamina, kalau stamina tak cukup kental, takut belum sampai lagi ke garisan penamat, dah pancit di tengah jalan.
Di katakan pihak penganjur meneriman 2000 penyertaan dari dalam, luar perak. Apa yang aku tahu perserta dari sabah turut sanggup turun ke Parit Buntar semata-mata ingin menyertai acara ini. Aku harap pihak penganjur bolehlah meneruskan acara sebegini untuk tahun hadapan. Mungkin salah satu tarikan untuk orang ramai menyertai acara larian ini adalah trek dan laluannya yang berbeza dari larian yang lain dimana peserta berlari dalam kawasan kampung, melalui kawasan perkampungan nelayan, seterusnya melalui kawasan tepi laut dan kawasan sawah padi. Lebih menarik lagi sambil berlari boleh menikmati panaroma matahari terbit.
Dewan JKK, Tanjung Piandang, Perak
Ok dekat bawah ni aku sertakan sekali Tentatif Parit Buntar Run 2016, syukur alhmadulilah segalanya berjalan dengan lancar cuma aku ja, sehari selepas acara ni jalan dah serupa nenek bawak tongkat, mungkin urat terkejut kot sebab serius aku langsung tak buat sebarang training sebelum sertai acara larian ni, memang padan muka aku la kan, siapa suruh tak buat training...hehe...
TENTATIF
PARIT BUNTAR KAMPUNG RUN 2016
“BAN PECAH TANJUNG PIANDANG PERAK”
PARIT BUNTAR KAMPUNG RUN 2016
“BAN PECAH TANJUNG PIANDANG PERAK”
TARIKH - MASA -PERINCIAN -LOKASI
1) 27HB FEB 2016
9am-9pm Pengambilan
Goodies / Bib No
Dewan JKK
Tanjung Piandang, Perak.
9am-9pm Pengambilan
Goodies / Bib No
Dewan JKK
Tanjung Piandang, Perak.
2) 28HB FEB 2016
6.00am Check-in /
Short briefing
6.00am Check-in /
Short briefing
3) 28HB FEB 2016
7am “Flag off”
7am “Flag off”
Semua Kategori 12km
4) 28HB FEB 2016
7.20am “Flag off”
Kategori 5km
7.20am “Flag off”
Kategori 5km
5) 10.30am
Penyampaian Hadiah Oleh VIP
Semua Kategori
Cabutan Bertuah
Penyampaian Hadiah Oleh VIP
Semua Kategori
Cabutan Bertuah
Panorama matahari terbit, Tanjung Piandang Perak, super awesome!
Fun Run..ciaaa..ciaa..
Finesher 5km
Kesimpulannya, bagi aku aktiviti sebegini sangat enjoy dan best. Penat memang penat tapi penat tu tak akan terasa bila berlari beramai-ramai, tak mampu lari, jalan pun boleh yang penting berjaya sampai ke garisan penamat,kalau stop di pertengahan jalan medal memang tak kan dapat, sekadar dapat sijil saja jadi rugi lah bayar berpuluh ringgit tapi akhirnya medal tak dapat kan sebab dalam acara larian "Fun Run" ni, medal tu yang orang kejar.
Sekarang aku rasa macam ketagih nak sertai aktiviti larian macam ni lagi walaupun aku bukanlah jaguh dalam acara larian ni, namun itu bukanlah penghalang untuk aku sertai lagi di masa akan datang.
Chia...chiaa...Parit Buntar Run! Terbaik. Tahniah buat penganjur Generasi Muda Ventures dan Kerajaan Negari Perak sebagai penaja rasmi untuk Parit Buntar Run, Ban Pecah ,Tanjung Piadang Perak.
No comments:
Post a Comment