Calitan di atas kanvas
bukan sekadar calitan biasa
bagi pelukis itulah cara mereka meluahkan
segala yang mereka rasa
calitan-calitan itu mewakili
pahit,manis,masam,masin
kehidupan.
Wednesday, 30 December 2015
Lari dari masalah?
Lari dari masalah?
Boleh ke?
Pergilah sampai ke hujung dunia
bertapa berbulan,bertahun dalam hutan sekali pun!
masalah tak akan lenyap selagi tak di depani.
#SetiapMasalahPastiAdaJalanPenyelesaianya
Wednesday, 23 December 2015
Apa yang kita miliki pada hari ini, bersyukurlah... (",)
Hidup ibarat putaran roda
kadang di atas, kadang di bawah
kesusahan yang di tanggung hari ini, mungkin akan senang di hari kemudian
kesenangan yang kita kecapi hari ini,mungkin akan di uji dengan kesusahan di hari mendatang
Segalanya tak mustahil!
kerana setiap rezeki yang kita dapat pada hari ini
bukan hak milik kita
tapi milik yang berada di atas sana
dia yang menentukan segalanya
Apa yang kita miliki pada hari ini
bersyukurlah...
jika rezeki kita lebih
tak salah untuk berkongsi dengan
orang lain yang lebih memerlukan
Tuesday, 22 December 2015
Statik
Aku pandang screen monitor
fikiran aku kosong
sesekali jari jemari aku menari perlahan
di atas papan keyboard
taip...padam, taip...padam
sehingga otak aku naik penat
Aku tidak mengalah
aku cuba lagi dan lagi
mengerah selagi terdaya
dengan harapan idea keluar umpama air paip yang mengalir
malangnya masih statik!
Hampa...
aku terus tekan butang shutdown
moga esok idea datang mencurah-curah
fikiran aku kosong
sesekali jari jemari aku menari perlahan
di atas papan keyboard
taip...padam, taip...padam
sehingga otak aku naik penat
Aku tidak mengalah
aku cuba lagi dan lagi
mengerah selagi terdaya
dengan harapan idea keluar umpama air paip yang mengalir
malangnya masih statik!
Hampa...
aku terus tekan butang shutdown
moga esok idea datang mencurah-curah
Wednesday, 16 December 2015
Agak-agak
Bila aku ada
kau buat tak kisah
kau buat aku macam tak ada
agak-agak bila aku tak ada nanti
kau kisah tak?
kau buat tak kisah
kau buat aku macam tak ada
agak-agak bila aku tak ada nanti
kau kisah tak?
Saturday, 12 December 2015
Mendesak
Kau terlalu mendesak
sehingga buat aku jadi sesak
kau ingat hati aku ni boleh main paksa-paksa!!
sehingga buat aku jadi sesak
kau ingat hati aku ni boleh main paksa-paksa!!
Bukan alasan
Jarak jauh bukan alasan
kau terpaksa pilih dia dari aku
tapi hati kau sebenarnya
tak cukup kuat
untuk aku!
kau terpaksa pilih dia dari aku
tapi hati kau sebenarnya
tak cukup kuat
untuk aku!
Berubah
Kita pernah berjanji
kita akan bersahabat selamanya
sehingga ke hujung nafas
tapi hari ni apa sudah jadi
kita semakin renggang
mesej bila rasa teringat
contact bila rasa perlu
Kita tak sedar yang kita semakin jauh
terlalu jauh sahabat
kau dengan cara kau
aku dengan cara aku
pendapat saling bercanggah
pemikiran kian berbeza
adakah ini beerti kita sudah berubah?
Thursday, 3 December 2015
Kematian
Aku terdiam dan berfikir sejenak
Sepanjang minggu ni saja aku telah di khabarkan dengan satu persatu kematian.
Sesungguhnya dari dia kita datang, dari dia juga kita akan kembali.
Bermula dari berita pemergian ayah rakan sekolah rendah aku, yang di katakan sesak nafas secara tiba-tiba dan telah di sahkan meninggal dunia oleh doktor ,Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada pagi 26.11.2015.
Selepas itu aku di kejutkan pula dengan berita pemergian Pakyus atau lebih di kenali dengan nama Yus Jambu. Memang aku terkejut sebab aku terasa macam baru ja tengok dia di kaca tv, nampak dia sihat,masih mampu menghiburkan orang ramai dengan jenaka dia tiba-tiba dapat tahu dia telah pergi meninggalkan kita semua pada 30 November 2015, jam 12.45 pagi di percayai akibat serangan jantung. Beberapa jam sebelum arwah Pakyus meninggal dunia beliau masih sempat membuatkan persembahan untuk program Raja Band di dataran merdeka dan masih sempat bergambar dengan peminatnya. Aku mungkin tak pernah jumpa atau bersembang dengan arwah Pakyus tapi pemergian dia tetap di rasai.
Sehari selepas pemergian Pakyus.1 Disember 2015, pukul 7.32 malam, aku dan kita semua di kejutkan pula dengan pemergian Seniwati Mariani dan Mariam Ismail. Allayarhamah Mariani telah menghembus nafas terakhir pada usia 82 tahun di rumah kediamannya di Sentul. Difahamkan Seniwati Mariani menderita kanser usus sejak beberapa tahun yang lalu.
Semalam pula, 2.12.2015 aku di khabarkan berita rakan sekolah aku ketika sekolah menengah tidak sedarkan diri dan telah di pindahkan ke wad ICU. Pada mulanya suspek denggi, dan aku ada baca status yang dia update dekat facebook bertarikh 28.11.2015 yang dia kena tahan dekat wad dan semalam tiba-tiba dapat tahu dia dah tak sedarkan diri, dan di katakan ada masalah lain, disebabkan sejenis kuman yang boleh menyerang organ lain. Walaupun aku tak rapat dengan dia masa zaman sekolah dulu tapi aku kenal dia, dan aku doakan dia kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Pada tarikh yang sama jugak, aku di di beritahu yang jiran lorang belakang rumah aku, telah kembali ke rahmatullah di fahamkan di sebabkan muntah. Punca sebenar aku tidak pasti. Semoga Roh arwah di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.
Sebenarnya ada sesuatu yang bermain di fikiran aku, adakah ini juga hidayah buat aku supaya tidak terus leka dengan kenikmatan dunia yang hanya bersifat sementara..Adakah ini jugak petanda mengingatkan aku yang kematian itu datang dalam pelbagai cara, orang yang sihat boleh meninggal dengan secara tiba-tiba walau 2,3 jam sebelum itu kelihatan dia masih tertawa dan bergurau senda.
Aku akui, selama ini aku agak jauh dari dia, solat aku tidak terjaga, semakin kurang berdoa, berzikir apatah lagi.Fokus aku pula seakan lebih ke arah dunia sedangkan yang abadi adalah akhirat sana, yang aku selalu fikir macam mana aku nak cari duit, nak makan itu ini, teringin melancong sana sini, inginkan kebahagian dan ketenangan hidup sedangkan semua itu, Insha Allah aku akan dapat kalau hubungan aku dengan Allah Swt terjaga tetapi aku sibuk dengan hal duniawi yang pada hakikanya lansung tak bawa aku kemana, melainkan membuatkan aku terus hanyut dan terleka.
Mungkin ini satu hint yang Allah Swt bagi dekat aku supaya aku sedar dan kembali sujud kepadanya. Aku harap ini adalah permulaan yang baik buat aku dan semoga masih ada ruang untuk memperbaiki segala yang kurang.
Mengingati mati cara terbaik untuk manasihati diri. #Munasabahdiri
Thursday, 19 November 2015
Bila nafsu melebihi akal
Kau couple
kau pergi tempat sunyi dengan dia
konon nak romantik
konon nak berkasih sayang
dari berpegang tangan
terus ke adegan berat
nafsu bermaharajalela
kau terlanjur dengan dia
masa tu dah tak kenal
dosa atau pahala
dah tak ingat ayah dan mak
bila nafsu melebihi akal
yang waras
kau tewas
atas nama tiket sayang dan cinta
kau rela maruah kau tergadai
wahai kaum perempuan
sedarlah
jangan kerana cinta
kau rela diri kau di sentuh sesuka
oleh lelaki yang belum tentu
jadi muhrim kau
kerana yang lebih berhak
adalah lelaki yang bergelar suami
bukan kekasih
bukan juga tunang
kau pergi tempat sunyi dengan dia
konon nak romantik
konon nak berkasih sayang
dari berpegang tangan
terus ke adegan berat
nafsu bermaharajalela
kau terlanjur dengan dia
masa tu dah tak kenal
dosa atau pahala
dah tak ingat ayah dan mak
bila nafsu melebihi akal
yang waras
kau tewas
atas nama tiket sayang dan cinta
kau rela maruah kau tergadai
wahai kaum perempuan
sedarlah
jangan kerana cinta
kau rela diri kau di sentuh sesuka
oleh lelaki yang belum tentu
jadi muhrim kau
kerana yang lebih berhak
adalah lelaki yang bergelar suami
bukan kekasih
bukan juga tunang
Thursday, 12 November 2015
Please come back!
Aku hanya pandang skrin monitor
kosong dan bersih
jari jemari tidak lagi ligat menari-nari
di atas papan keyboard
saat ini
detik ini
otak aku bagai ketul ais
tidak cair seperti yang aku mahu
ilham mana kau pergi
please come back!
kosong dan bersih
jari jemari tidak lagi ligat menari-nari
di atas papan keyboard
saat ini
detik ini
otak aku bagai ketul ais
tidak cair seperti yang aku mahu
ilham mana kau pergi
please come back!
Friday, 6 November 2015
Rindu Hiking !!
Jika di tanya pada aku apa yang aku dapat dari aktiviti hiking gunung atau bukit.jawapan paling mudah aku bagi ialah aku dapat kepuasan yang aku sendiri tak dapat nak luah dengan kata-kata. Satu kenangan indah dan pengalaman yang sangat berharga dalam hidup aku.
memang keluarga aku tak sokong aktiviti aku ni dulu, biasalah risaukan pasal keselamatan aku takut terjadi apa-apa, aku faham perasaan mereka tapi aku percaya malang tak berbau boleh terjadi dimana-mana, sekali pun tengah tidur dalam bilik, bahaya tu tetap ada. Ada juga antara kawan-kawan aku pernah cakap dengan aku.
"Wehh! Shima, bahaya la masuk hutan, ada binatang berbisa, ada makluk halus"
"Takutlah hiking beb!! bahaya buat aktiviti macam tu, baik pergi sunway lagoon ja."
kalau semua benda kita takut nak buat, bila kita nak jadi berani? Tak kan selamanya nak berada di zon selesa. Setiap perkara pasti ada risiko dan bahayanya. Percayalah buat benda yang kita takut nak buat tu la akan bagi perasaan luar biasa bila takut bertukar menjadi berani.
dulu aku pun tak tak berapa nak yakin aku boleh aktiviti hiking ni ke tak sebab aku bukan jenis perempuan yang ada daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat pun, tapi bila di ajak kawan-kawan kolej, aku pun join dan dari pertama kali aku join tu aku terus jatuh cinta dengan aktiviti sebegini lebih-lebih lagi bila dapat tengok view dari atas puncak yang bagi aku sangat awesome.
betapa indahnya ciptaan Tuhan... Perfect!! Amazing!! Fantastic!!
Sekarang dah bertahun tak buat aktiviti lasak macam ni.Selepas bergelar alumni dan kembali menetap di Kedah, terus stop. Habis study terus tak ada buat aktiviti macam ni dah. Sumpah aku rindu nak hiking balik.
rindu serindunya...
memang keluarga aku tak sokong aktiviti aku ni dulu, biasalah risaukan pasal keselamatan aku takut terjadi apa-apa, aku faham perasaan mereka tapi aku percaya malang tak berbau boleh terjadi dimana-mana, sekali pun tengah tidur dalam bilik, bahaya tu tetap ada. Ada juga antara kawan-kawan aku pernah cakap dengan aku.
"Wehh! Shima, bahaya la masuk hutan, ada binatang berbisa, ada makluk halus"
"Takutlah hiking beb!! bahaya buat aktiviti macam tu, baik pergi sunway lagoon ja."
kalau semua benda kita takut nak buat, bila kita nak jadi berani? Tak kan selamanya nak berada di zon selesa. Setiap perkara pasti ada risiko dan bahayanya. Percayalah buat benda yang kita takut nak buat tu la akan bagi perasaan luar biasa bila takut bertukar menjadi berani.
dulu aku pun tak tak berapa nak yakin aku boleh aktiviti hiking ni ke tak sebab aku bukan jenis perempuan yang ada daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat pun, tapi bila di ajak kawan-kawan kolej, aku pun join dan dari pertama kali aku join tu aku terus jatuh cinta dengan aktiviti sebegini lebih-lebih lagi bila dapat tengok view dari atas puncak yang bagi aku sangat awesome.
betapa indahnya ciptaan Tuhan... Perfect!! Amazing!! Fantastic!!
Sekarang dah bertahun tak buat aktiviti lasak macam ni.Selepas bergelar alumni dan kembali menetap di Kedah, terus stop. Habis study terus tak ada buat aktiviti macam ni dah. Sumpah aku rindu nak hiking balik.
rindu serindunya...
Mat jenin
Angan-angan memang indah
tapi lebih indah jika berusaha
menjadikan angan-angan itu
menjadi sebuah realiti
bukan hanya sekadar
berangan-angan mat jenin
angan-angan kosong
fantasi semata-mata
tapi lebih indah jika berusaha
menjadikan angan-angan itu
menjadi sebuah realiti
bukan hanya sekadar
berangan-angan mat jenin
angan-angan kosong
fantasi semata-mata
Pernah kau rasa?
Pernah kau rasa rimas
menyampah gila
dengan seseorang yang tak berhenti
menagih kasih dan cinta kau
setiap hari mesej
setiap hari call
setiap hari hantar ayat-ayat manis
dengan harapan kau jatuh cinta dekat dia
setiap kali mesej masuk inbox kau hanya menjeling
setiap kali dia call kau just ignore padahal kau tengah pegang phone
kau malas nak layan
sebab kau rasa annoying sangat
sampai satu tahap kau rasa nak block je dia
tapi tak sampai hati sebab dia kawan kau sendiri
dan selama ini pun
kau hanya anggap dia sebagai kawan biasa
no more than that
tapi tidak bagi dia
dia anggap kau istimewa
more than friends
pernah tak kau rasa situasi macam ni
sepanjang kau hidup
Wednesday, 4 November 2015
Sungguh aku rindu
Sungguh aku rindu!!
dia yang aku anggap sahabat
dulu terlalu erat bagai isi dan kuku
segala manis pahit di kongsi bersama
kini 130 darjah dah berubah
kau dengan cara kau
aku dengan cara aku
fikiran tak sama
pendapat saling bercanggah
contact sekali sekala
bukan niat aku menjauh
cuma aku dapat rasakan
kita sekarang berada di dua dunia berbeza
sangat asing
aku tahu mungkin aku bukan sahabat yang baik
sebab aku tahu kau dah ada yang lebuh baik dari aku
cuma aku nak cakap
aku rindu kenangan kita yang dulu
tersangat rindu
Apa yang aku nak?
Ada yang bertanya pada aku
dalam hidup ni apa yang aku nak
aku jawab dengan senyuman
bukan pujian melangit yang aku dambakan
bukan kekayaan harta benda yang melimpah ruah
bukan populariti hanya untuk dipuja dan di sanjung tinggi
bukan juga mengimpikan jejaka kacak berbadan sado
untuk di jadikan teman sehidup semati
kalau itu semua bukan yang kau nak?
jadi apa sebenarnya kau nak?
mereka bertanya lagi
aku menarik nafas dalam-dalam
lantas menjawab
perlu ke aku beritahu seisi dunia
apa yang aku nak?
tak semua benda
tak semua perkara
perlu di hebohkan dan di ceritakan
biarlah hanya aku dan Tuhan saja yang tahu
dalam hidup ni apa yang aku nak
aku jawab dengan senyuman
bukan pujian melangit yang aku dambakan
bukan kekayaan harta benda yang melimpah ruah
bukan populariti hanya untuk dipuja dan di sanjung tinggi
bukan juga mengimpikan jejaka kacak berbadan sado
untuk di jadikan teman sehidup semati
kalau itu semua bukan yang kau nak?
jadi apa sebenarnya kau nak?
mereka bertanya lagi
aku menarik nafas dalam-dalam
lantas menjawab
perlu ke aku beritahu seisi dunia
apa yang aku nak?
tak semua benda
tak semua perkara
perlu di hebohkan dan di ceritakan
biarlah hanya aku dan Tuhan saja yang tahu
Saturday, 31 October 2015
Patung beruang
Kau macam chipsmore
kejap ada
kejap tak ada
kau boleh hilang tanpa jejak
kau boleh muncul bila-bila masa kau nak
apa kau ingat aku ni patung beruang
yang kau boleh main dan campak sesuka hati
kejap ada
kejap tak ada
kau boleh hilang tanpa jejak
kau boleh muncul bila-bila masa kau nak
apa kau ingat aku ni patung beruang
yang kau boleh main dan campak sesuka hati
Aku dah biasa
Tipu kalau aku kata
aku tak terasa
aku tak terkecil hati
aku tak terguris hati
dengan...
layanan kau
cara kau
sikap kau
tapi apa aku buat
aku masih tersenyum
aku masih ketawa
aku masih bergurau senda
kerana apa?
kerana aku pilih untuk
pura-pura tak kisah
dan fikir tak apa lah
aku dah biasa
aku tak terasa
aku tak terkecil hati
aku tak terguris hati
dengan...
layanan kau
cara kau
sikap kau
tapi apa aku buat
aku masih tersenyum
aku masih ketawa
aku masih bergurau senda
kerana apa?
kerana aku pilih untuk
pura-pura tak kisah
dan fikir tak apa lah
aku dah biasa
Monday, 26 October 2015
Dunia kosong
Kadang-kadang
kita cuba jauhkan diri
dari orang sekeling
dari dunia luar
dari segala yang menyakitkan hati
konon hidup sendiri itu lebih baik
hati tidak sakit
fikiran tidak serabut
jiwa lebih tenang
tapi itukah yang kita nak
hidup dalam dunia kosong
hanya kita di situ
kita cuba jauhkan diri
dari orang sekeling
dari dunia luar
dari segala yang menyakitkan hati
konon hidup sendiri itu lebih baik
hati tidak sakit
fikiran tidak serabut
jiwa lebih tenang
tapi itukah yang kita nak
hidup dalam dunia kosong
hanya kita di situ
Layak atau tidak?
Kita selalu merungut
apa yang kita nak tak dapat
tapi pernah kita fikir
layak atau tidak
diri kita ni
dapatkan semua
yang kita nak
apa yang kita nak tak dapat
tapi pernah kita fikir
layak atau tidak
diri kita ni
dapatkan semua
yang kita nak
Sunday, 25 October 2015
Pernah Tak?
Pernah tak
dalam hidup korang, falling in love with someone, korang beranikan diri luah apa yang korang rasa terhadap dia tapi dia reject dengan alasan dia bukan untuk korang dan dia tak mungkin bersama korang.
Pernah
tak dalam hidup korang, korang admire someone dalam diam, dari jauh
korang hanya pandang tapi korang tak berani tegur lastly dia terus
hilang, tak jumpa dah selepas tu.
Pernah
tak dalam hidup korang, korang like someone tapi selepas tu baru korang
tahu rupa-rupanya dia sudah dimiliki, tak mungkin korang nak sailang
hak orang, then korang pun buat keputusan lupakan dia.
Pernah
tak dalam hidup korang, korang ada someone yang dah buat korang jatuh
hati tapi someone tu pulak sebaliknya terhadap korang tapi dalam pada
masa yang sama ada pulak someone lain yang benar-benar sayangkan korang
tapi korang pulak sebaliknya.
Pernah
tak dalam hidup korang, dipertemukan dengan someone yang di panggil
true love tapi akhirnya korang kehilangan dia disebabkan takdir yang telah ditentukan,Tuhan lebih menyayangi dia lebih dari korang
menyayangi dia.
Pernah
tak dalam hidup korang, memiliki someone yang korang sudah yakin yang
dia adalah jodoh korang...segala plan ke arah proses ijab kabul korang
dah buat...kursus kahwin dah pergi sama-sama tapi akhirnya relationship
tu terputus jugak di pertengahan jalan, cinta tak kesampaian.
Pernah
tak dalam hidup korang, jumpa someone yang buat hati korang berdegup
kencang bagai nak gila, korang suka pandang wajah dia, korang happy bila
dengan dia, korang selesa berada di samping dia, korang tak boleh dia
tak ada dan korang nak sangat dia jadi peneman korang selagi korang
masih bernafas dan ternyata dia jugak berperasaan yang sama jugak
seperti kau.
pernah tak korang rasa semua tu?
Setiap dari kita mungkin mempunyai kisah yang berbeza ,melalui jalan yang berlainan cerita tapi masih tetap berpaksi pada rasa yang sama, iaitu CINTA.
Review : Kelabu By Nadia Khan - Buku Fixi -
First time baca buku Fixi, first time baca kelabu karya Nadia Khan, first time baca buku genre sebegini. Bermula dengan first time ini jugalah, aku nak cakap yang aku dah jatuh cinta dengan Buku Fixi. Tak tahu kenapa sampai sekarang aku rasa ketagih nak baca buku terbitan buku Fixi ni dan buku Kelabu adalah permulaanya. Bagi aku, Kelabu bukan novel melayu yang aku selalu baca, yang aku dah boleh agak ending dia macam mana. Kelabu 100% verry different. Nadia Khan memang telah berjaya buat pembaca rasa tertipu, banyak trick yang di gunakan dalam novel ni dan syabas trick tu memang berjaya , no wonder lah Kelabu di ulang cetak dari Tahun 2011 ( Tahun pertama Kelabu diterbitkan) sehinggalah sekarang, tahun 2015, bertahan hampir 5 tahun tahun , itu sudah buktikan Kelabu dekat di hati pembaca.
Ikhlas dari hati aku ni, aku suka jalan cerita kelabu yang disusun dengan baik, sangat cantik, pemilihan bahasa yang simple dan santai, mudah nak di hadam oleh otak sebab ada setengah novel jalan ceritanya telalu complicated sampai otak jadi penat tetapi tidak bagi Kelabu. Lagi satu pengggunaan ganti nama "Aku" telah buatkan aku dapat menyelami jiwa Amir dengan lebih mendalam lagi, senang cakap aku rasa lebih dekat dengan watak Amir, apa yang Amir rasa aku juga terkena tempiasnya. Paling aku suka Amir dengan monolong dalamanya yang memberikan pelbagai perisa dan rasa. Ada satu babak dimana Tok Wan Amir meninggal dunia dalam tidur seriously telah berjaya buat mata aku masuk habuk, muka surat 442-446.
Secara keseluruhan, Nadia Khan telah berjaya membina satu plot cerita yang selama ini sering di pandang negatif oleh masyarakat kepada satu sudut yang berbeza , merubah segala persepsi kepada satu arah yang berlainan. Setiap watak dalam kelabu sangat hidup,saling ada kaitan bukan sekadar watak belakang tabir yang sengaja di buat untuk mencantikkan jalan cerita. Sememangnya bukan mudah untuk hidup di dunia Amir, berada dalam situasi hitam dan putih yang kurang jelas jugak bukanlah kehendak dia tapi ada sesuatu yang buatkan dia memilih untuk hidup dalam dunia kelabunya,ada banyak back story yang akan menjelaskan sejarah kehidupan dia, sebab apa dan mengapa dia boleh jadi seperti sekarang.
Untuk ending pulak, serius aku tak menjangka endingnya yang sebegitu rupa. Dalam kepala otak aku ni dok bayangkan happy ending tapi rupanya jauh tersasar. Mungkin Nadia Khan sengaja nak bagi pembaca untuk mentafsir sendiri siapa lelaki itu. Shah atau Amran? Ramai yang mengatakan Shah tapi entah kenapa hati aku rasa macam lelaki di muka pintu itu adalah Amran tetapi tak mustahil jugak Shah, alahai penasaran sudah beb.
Wednesday, 21 October 2015
Berapa banyak
Aku terleka
terbuai-buai oleh
keasyikan
mata aku terpejam
bibir aku tertutup rapat
menghayati kenikmatan
dunia persinggahan sementara
aku hanya diam menikmati
keindahan ini
sehingga tibanya detik puncak
aku menarik nafas lega
aku bangun perlahan
flush di tarik
entah berapa banyak
yang dilaburkan
aku tidak pasti
terbuai-buai oleh
keasyikan
mata aku terpejam
bibir aku tertutup rapat
menghayati kenikmatan
dunia persinggahan sementara
aku hanya diam menikmati
keindahan ini
sehingga tibanya detik puncak
aku menarik nafas lega
aku bangun perlahan
flush di tarik
entah berapa banyak
yang dilaburkan
aku tidak pasti
Tuesday, 20 October 2015
Soalan sama
Sudah penat menjawab
soalan yang sama
dari manusia
yang suka bertanya
Kau bila lagi?
kau bila lagi?
kau bila lagi?
Aku cuba senyum
semanis madu
walau hati sudah
sekelat air teh pekat
sambil menjawab
abang kakak!
pakcik makcik!
kalau cari pasangan tu
semudah cari ikan
di pasar malam
hari ini saya nikah
esok jugak saya buat walimatul urus
Mereka tercengang
sepatah bicara tiada
kaku dan sepi
aku hadiahkan senyuman
kali ini...
semanis gula-gula kapas
soalan yang sama
dari manusia
yang suka bertanya
Kau bila lagi?
kau bila lagi?
kau bila lagi?
Aku cuba senyum
semanis madu
walau hati sudah
sekelat air teh pekat
sambil menjawab
abang kakak!
pakcik makcik!
kalau cari pasangan tu
semudah cari ikan
di pasar malam
hari ini saya nikah
esok jugak saya buat walimatul urus
Mereka tercengang
sepatah bicara tiada
kaku dan sepi
aku hadiahkan senyuman
kali ini...
semanis gula-gula kapas
Saturday, 17 October 2015
Aku cakap
Aku cakap aku tak peduli
hakikatnya hati aku sedang menahan sakit
aku cakap aku tak kisah
hakikatnya aku cemburu bagai nak gila
aku cakap aku tak terasa
hakikatnya aku terlebih rasa
dan bila kau kata kau sudah ada girlfriend
aku masih tersenyum manis
terlompat kegembiraan
bertalu-talu congrats aku ucap
tapi di dalam hati ini?
isi terasa bagai di carik-carik
terluka
berdarah
arghhhh!!
aku sayang kau la bodoh
kenapa kau tak pernah nampak
hakikatnya hati aku sedang menahan sakit
aku cakap aku tak kisah
hakikatnya aku cemburu bagai nak gila
aku cakap aku tak terasa
hakikatnya aku terlebih rasa
dan bila kau kata kau sudah ada girlfriend
aku masih tersenyum manis
terlompat kegembiraan
bertalu-talu congrats aku ucap
tapi di dalam hati ini?
isi terasa bagai di carik-carik
terluka
berdarah
arghhhh!!
aku sayang kau la bodoh
kenapa kau tak pernah nampak
Saturday, 10 October 2015
Dunia dan Syurga aku ( Untuk Mak dan Ayah, Dua insan terpenting dalam hidup aku)
Ingat tak dulu
siapa yang bersusah payah
mengandungkan kita selama 9 bulan
usung perut ke sana sini
kadangkala tidurnya terganggu
mengiring ke kanan tidak kena
mengiring ke kiri tidak selesa
tapi dia sikit pun
tidak pernah mengeluh
Ingat tak dulu
siapa yang bertarung nyawa
melahirkan kita?
siapa yang menahan sakitnya
saat melahirkan kita?
biar nyawa di hujung tanduk
biar sakit yang di tanggung
ibarat 20 tulang yang dipatahkan serentak
dia rela berjuang demi kita
dia rela berkorban untuk kita
asalkan kita dapat melihat dunia
Ingat tak dulu
siapa yang sanggup bersengkang mata
menjaga kita ketika sakit
tidak cukup tidur
dia tidak pernah kisah
yang penting kita tak apa-apa
Ingat tak dulu
siapa yang mengerah keringatnya
pagi siang petang malam
demi membina kehidupan yang selesa
cukup makan minum
ada pakaian untuk kita bergaya
sara kita ke sekolah
agar kita menjadai insan yang berjaya
Ingat tak dulu
siapa yang sering melayani kita
tunai segala permintaan kita
selagi dia mampu
selagi dia terdaya
dia sanggup lakukan apa saja
demi melihat kita tersenyum gembira
Sekarang kita sudah dewasa
dan mereka sedang meniti hari tua
tidak kuat seperti dulu lagi
namun begitu kasih mereka tak pernah berubah
walau satu inci
masih utuh
masih teguh
masih risaukan kita
masih ambik berat tentang kita
tapi kita ambik peduli atau buat tidak kisah?
kita masih ingat atau sudah lupa?
kasih sayang yang di curahkan
jasa dan pengorbanan mereka
yang pastinya tidak mampu di tukar
dengan harta benda dan wang ringgit
walau bergunung di berikan
Ingat dan jangan lupa mereka
walau satu minit
jadikan mereka keutamaan
jalankan tanggungjawab sebagai anak
kerana ayah dan emak adalah
dunia dan syurga kita
siapa yang bersusah payah
mengandungkan kita selama 9 bulan
usung perut ke sana sini
kadangkala tidurnya terganggu
mengiring ke kanan tidak kena
mengiring ke kiri tidak selesa
tapi dia sikit pun
tidak pernah mengeluh
Ingat tak dulu
siapa yang bertarung nyawa
melahirkan kita?
siapa yang menahan sakitnya
saat melahirkan kita?
biar nyawa di hujung tanduk
biar sakit yang di tanggung
ibarat 20 tulang yang dipatahkan serentak
dia rela berjuang demi kita
dia rela berkorban untuk kita
asalkan kita dapat melihat dunia
Ingat tak dulu
siapa yang sanggup bersengkang mata
menjaga kita ketika sakit
tidak cukup tidur
dia tidak pernah kisah
yang penting kita tak apa-apa
Ingat tak dulu
siapa yang mengerah keringatnya
pagi siang petang malam
demi membina kehidupan yang selesa
cukup makan minum
ada pakaian untuk kita bergaya
sara kita ke sekolah
agar kita menjadai insan yang berjaya
Ingat tak dulu
siapa yang sering melayani kita
tunai segala permintaan kita
selagi dia mampu
selagi dia terdaya
dia sanggup lakukan apa saja
demi melihat kita tersenyum gembira
Sekarang kita sudah dewasa
dan mereka sedang meniti hari tua
tidak kuat seperti dulu lagi
namun begitu kasih mereka tak pernah berubah
walau satu inci
masih utuh
masih teguh
masih risaukan kita
masih ambik berat tentang kita
tapi kita ambik peduli atau buat tidak kisah?
kita masih ingat atau sudah lupa?
kasih sayang yang di curahkan
jasa dan pengorbanan mereka
yang pastinya tidak mampu di tukar
dengan harta benda dan wang ringgit
walau bergunung di berikan
Ingat dan jangan lupa mereka
walau satu minit
jadikan mereka keutamaan
jalankan tanggungjawab sebagai anak
kerana ayah dan emak adalah
dunia dan syurga kita
Masalah
Masalah selalu datang
dalam keadaan tidak di duga
datang bertimpa-timpa secara tiba-tiba
di saat aku belum bersedia
disaat mental dan fizikal aku tidak cukup
kental menghadapinya
satu nafas panjang di lepaskan ke udara
bukan mengeluh cuma menghapuskan
sedikit beban yang terasa begitu
berat di bahu ini
aku kata pada hati supaya bersabar
setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya
dalam keadaan tidak di duga
datang bertimpa-timpa secara tiba-tiba
di saat aku belum bersedia
disaat mental dan fizikal aku tidak cukup
kental menghadapinya
satu nafas panjang di lepaskan ke udara
bukan mengeluh cuma menghapuskan
sedikit beban yang terasa begitu
berat di bahu ini
aku kata pada hati supaya bersabar
setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya
Friday, 2 October 2015
Khilaf
Secalit khilaf dia kau nampak
kau hina kau caci
kau perli kau maki
Segunung khilaf kau campak kemana
ada kau nampak?
kau sibuk cari khilaf dia
khilaf kau sendiri pun tak pernah baiki
kau hina kau caci
kau perli kau maki
Segunung khilaf kau campak kemana
ada kau nampak?
kau sibuk cari khilaf dia
khilaf kau sendiri pun tak pernah baiki
Bukan manusia sempurna
Aku tak sempurna
dan tak akan pernah menjadi sempurna
kerana tak ada yang sempurna di dunia ini
Aku cuma minta terimalah segala kekurangan
dan kelebihan aku
Tapi...
Seandainya tak suka aku boleh pergi jauh-jauh
usah dekati aku lagi
Seandaiya benci aku
meluat sungguh tengok
muka aku
perangai aku
karenah aku
Tak apa...
aku terima seadanya
kerana aku tahu aku tak boleh paksa
orang untuk terima aku dan sayangkan aku
dan tak akan pernah menjadi sempurna
kerana tak ada yang sempurna di dunia ini
Aku cuma minta terimalah segala kekurangan
dan kelebihan aku
Tapi...
Seandainya tak suka aku boleh pergi jauh-jauh
usah dekati aku lagi
Seandaiya benci aku
meluat sungguh tengok
muka aku
perangai aku
karenah aku
Tak apa...
aku terima seadanya
kerana aku tahu aku tak boleh paksa
orang untuk terima aku dan sayangkan aku
Thursday, 24 September 2015
Terkecil hati?Terasa Hati?
Pernah tak dalam hidup ni korang rasa kecik hati
sangat untuk banyak perkara tapi kau memilih untuk buat tak peduli, buat
seperti tiada apa dalam pada yang sama kau masih boleh tersenyum, bergelak
berdekah-dekah tapi hakikatnya di hati kau sebenarnya rasa sakit sangat,hati
kau menangis dalam diam.
Pernah tak rasa macam tu?Kau nak luah tapi kau
takut, kau nak hamburkan segala yang kau rasa kau tak sampai hati , kau nak
terus terang kau fikir banyak kali
lastly kau memilih untuk diam dan
berlagak selamba. Hati kau pula terus di
buai-buai dengan kata-kata penyedap hati sendiri.
“Tak pe lah dah biasa kena macam ni.”
“Biar orang buat kita,jangan kita buat orang.”
“Pedulikanlah apa orang nak kata,buat bodoh sudah.”
“Dia nak kata apa pun kata lah, aku dah tak kisah,
lantak pi kat dia.”
“Biasalah kalau dah jumpa kawan baru,kita ni mana
dia nak ingat dah,
buat macam kain buruk ja.”
“Think positive,semunya baik-baik saja.”
“Hati jangan nak terasa sangat.”
Seterusnya bla…bla…bla… itu sekadar contoh, lain
situasi lain rasanya.
Aku juga
pernah rasa ini semua, bukan sekadar pernah rasa tapi selalu sangat tapi
seperti biasa aku memilih untuk diam, konon
silence is golden. Aku buat tak peduli padahal hati terasa sangat dengan
kata-kata orang sekeliling, kalau setakat orang sekeliling aku pejam sebelah
mata saja tapi kalau kata-kata sepedas cili, sepedih luka di jari keluar dari
mulut insan yang rapat dengan aku, orang yang aku sayang,of course perasaan tu
lain macam, bisa dia boleh sampai buat air mata ni terkeluar dengan sendirinya.
Aku nak tanya ni, kalau korang lah kan, apa yang
korang rasa? Cuba bayangkan dan rasa perasaan tu. Aku malas nak huraikan, aku nak korang bayang dan
rasa.
Kalau aku ni bermulut puaka, mungkin dah lama
segala kata-kata perlian,hinaan ,cacian itu semua aku lepaskan ibarat peluru
berpandu, laju tepat mengena sasaran dan aku juga dah tak kisah apa dia
rasa,janji hati aku puas sebab dah berjaya luah apa yang aku rasa. Pergi
jahanam la kalau perhubungan yang terbina bertahun berabad mana sekali pun terputus dan terlerai, aku dah tak
ambil peduli.
Sejujurnya aku memang
teringin nak jadi watak macam ni, berani bersuara lantang asalkan hati
sendiri terbela dan terjaga tapi aku perlu sedar aku bukan macam tu dan aku tak
mampu nak jadi macam tu tapi tak tahu lah one day tetiba aku berubah
sikap,bukankah manusia boleh berubah mengikut arus masa atau pun
berdasarkan pengalaman hidup.
Aku memilih diam bukan
bermakna aku lemah, memilih diam tak beerti aku pengecut. Aku memilih diam
hanya untuk menjaga hati orang lain. Aku memilih diam supaya aku tidak memusuhi
siapa. Selagi aku boleh sabar aku terus sabar, selagi orang tak kaitkan mak
ayah aku, adik beradik aku selagi itu aku boleh terus diam.
Nak kata apa
pun...kata la...aku terasa, aku kecil hati biar aku aku tanggung sendiri, luka
yang dirobek biar aku letak ubat dan tampal plaster sendiri sebab aku malas untuk
ambil tahu apa orang kata dekat aku, aku dah penat untuk ambil kisah dengan apa
orang nak kata so diam itu mungkin lebih baik dari menjawab
Sunday, 20 September 2015
Terima Kasih Tuhan
KELIRU...
Satu perkataan yang mampu aku luahkan ketika ini. Aku semakin buntu,aku penat. Seketika aku pejamkan mata ,satu keluhan berat di lepaskan dari rongga penafasan aku.
Disaat hati aku sudah menanam tekad mengejar impianku. Disaat jiwa aku berkobar-kobar menuju ke arah satu jalan demi meraih cita-citaku tiba-tiba aku lelah dan berhenti di pertengahan jalan ,keyakinan aku hilang, terus lenyap.
Aku tanya sama hati kenapa selalu berubah-ubah? Di mana letaknya sebuah pendirian? kau sudah berada di pertengahan!! Kenapa perlu berhenti disaat kau hampir ke garisan penamat?Adakah kau takut akan sebuah kegagalan?Adakah ini maksudnya kau sudah menyerah kalah dan berputus asa sebelum kau berusaha sehabis daya? Segala persolan hanya meninggalkan tapak kosong , aku tiada jawapaan untuk itu.
"Bodoh!! Pengecut!!"
Tiba-tiba satu suara bernada keras menyentak gegendang telinga, aku terdiam sesaat.Aku tertanya-tanya dari mana datangnya suara itu?
"Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam la beb!! alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan." Kata suara itu lagi.
"Err...kau...kau..Siapa?" Soal aku dalam nada tergagap-gagap, bulu romaku berdiri tegak.
"Kau tanya aku siapa?Bodohnya soalan kau!! Hahahahahahaha..."
Suara itu menjawab di sertai hilai tawa seakan mengejek.Entah mendengar tawa itu
menerbitkan rasa panas di hati aku, hilang terus segala ketakutan yang aku
rasai tadi.
"Kau jangan main-main dengan aku!! Siapa kau sebenarnya? Lebih baik baik kau cakap! Kau bukan manusia kan?"
Soal aku berani, aku dah tidak kisah kalau di depan aku ni adalah iblis jahanam atau jin laknat sekalipun.
"Aku adalah kau." Jawab suara itu akhirnya.
"Apa? Aku adalah kau? Merepek!!"
Aku mengeleng kepalaku, langsung tidak boleh menerima jawapan yang langsung tidak boleh diterima akal warasku.
"Kau tak percaya?Benar aku adalah kau. Aku bersuara melalui kata hati kau."Aku semakin keliru, tidak faham.
"Ayuh! bangun, pergi berdiri di depan cermin. Tengok diri kau dari hujung kepala sampai ke hujung kaki dan tanya diri kau? Kau nak apa dalam hidup ni? Sudah tercapai atau belum segala impian yang kau catit dalam kepala otak kau atau semuanya hanya sekadar angan-angan mat jenin. Berhenti jadi seorang penakut, Jika kau mahu segala impian kau menjadi sebuah realiti,buanglah segala anasir negatif yang buat diri kau jatuh, tukarlah kepada positif. Jangan berputus asa, jika kau menemui kebuntuan di pertengahan jalan, mohonlah pada Tuhan agar di beri jalan keluar. Jangan letak diri kau dalam posisi putus asa atau menyerah kalah. Berjalan dan terus berjalan sehingga ke garisan penamat, Insha'Allah, jika di izinkan olehnya, kau akan dapat rasai apa itu kemanisan sebuah kejayaan."Aku mendengar suara itu berhujah, terang dan jelas segala isi yang di sampaikan sehingga dapat di cerna dengan baik menuju ke saluran kotak akal fikiranku.Tertanya-tanya juga, benarkah suara itu adalah aku sendiri?Kata hati aku?Mungkinkah?."
Beberapa saat kemudian aku seakan tersedar dari lena yang panjang. Adakah aku sedang bermimpi?Aku memerhati di setiap sudut bilik menggunakan lensa mata, tiada siapa kecuali aku. Keadaan sekitar aku sunyi dan sepi yang kedengaran hanya bunyi kipas yang ligat berpusing. Dadaku berdebar-debar, mana perginya suara tadi? Segala perbualan tadi masih aku ingati, sampai satu babak aku mula teringat akan sesuatu.
"Ayuh! bangun, pergi berdiri di depan cermin. Tengok diri kau dari hujung kepala sampai ke hujung kaki dan tanya diri kau? Kau nak apa dalam hidup ni?" Ayat itu terngiang-ngiang di ruangan mindaku.
Cepat saja aku bangun dari dari atas katil, mula mengatur langkah menuju ke arah almari pakaian, yang diluarnya sudah tertampal cermin panjang setinggi aku. Kini aku sudah berdiri tegak di depan cermin dan pantulan di dalam cermin itu sudah tentu aku. Aku tengok diri aku, dari hujung kepala hingga hujung kaki seperti yang disarankan oleh suara itu. Apa yang aku dapat lihat? Sempurna tiada cacat celanya, anggota fizikal aku cukup segalanya, syukur alhamdulilah di atas segala kenikmatan yang di beri olehnya.Selain itu? Aku memandang diri aku didalam cermin sedalamnya, Aku mula faham akan sesuatu.
"Aku adalah manusia yang ada impian dan cita-cita tetapi tidak pernah berusaha menjadikan itu semua sebagai realiti. Dikurniakan bakat yang mampu menjana pendapatan dan kepuasan dalam diri malangnya aku selalu gagal sahut segala peluang yang terbentang di depan mata. Mungkin betul kata suara itu, aku umpama hangat-hangat tahi ayam, bersemangat di awalnya dan meninggalkan semuanya bila rasa susah. Konon hidup aku berprinsip tapi malangnya hati tak pernah tetap."
Aku menyedut oksigen dalam-dalam, dan melepaskan karbon dioksida secara perlahan-lahan ke udara. Aku raup muka aku menggunakan kedua belah tapak tangan aku .Sekali lagi aku perhati wajah aku dicermin untuk beberapa minit, aku memasang tekad. Mulai hari ini, jam ini dan saat ini aku perlu berubah jadi insan baru. Aku perlu bangkit! agar tidak terus diselimuti angan-angan kosong yang kesudahannya hanya memberikan seribu kerugian pada diri sendiri. Aku perlu berusaha mendaki anak tangga demi anak tangga sehinggalah berjaya menawan puncak. Kali ini aku tak akan gagal, aku akan jadikan impian menjadi kenyataan. Aku akan buktikan yang aku bukan sekadar tin kosong tetapi tin berisi sardin.
"Terima kasih Tuhan kerana menyedarkan aku. Syukur Alhamdulilah...."
## Sekadar cetusan ilham, tidak ada kena mengena di antara yang hidup atau pun
yang telah meninggal dunia. Sekian Terima Kasih.
Tuesday, 15 September 2015
Perbualan sesama jiran
Kita manusia sering melihat dengan pandangan kasar
Hakikatnya kita sering menilai dari luar tanpa tahu isi dalamnya
melemparkan kata-kata berbau sindirian, berperisakan sinis.
A : "Anak kau kerja apa?"
B : "Kerja kilang."
A : "Engineer?"
B : "Tak, Technician"
A : "Aku ingat Engineer sebab anak kau ada Degree bahagian tu kan.?"
B : "Majikan sekarang tengok pengalaman selepas itu baru kelulusan"
A : "Maknanya anak kau kena mula dari bawah?"
B : Sekadar mengangguk
A : "Kalau begitu penat dan rugi ja la belajar tinggi-tinggi tapi bila dah kerja kena mula dari bawah."
B : "Tak ada istilah penat atau rugi dalam mencari ilmu.Soal kerja adalah berkaitan rezeki,bukan hak kita
untuk mempertikaikan rezeki yang Allah bagi."
A : Terus terdiam.
>>Perbualan diatas sekadar "Contoh".
>>Fahami mesej yang ingin disampaikan
>>Realiti : Mentaliti masyarakat kita pada hari ini.
>>Sekadar pandangan dari sudut permerhatian lensa mata.
Hakikatnya kita sering menilai dari luar tanpa tahu isi dalamnya
melemparkan kata-kata berbau sindirian, berperisakan sinis.
A : "Anak kau kerja apa?"
B : "Kerja kilang."
A : "Engineer?"
B : "Tak, Technician"
A : "Aku ingat Engineer sebab anak kau ada Degree bahagian tu kan.?"
B : "Majikan sekarang tengok pengalaman selepas itu baru kelulusan"
A : "Maknanya anak kau kena mula dari bawah?"
B : Sekadar mengangguk
A : "Kalau begitu penat dan rugi ja la belajar tinggi-tinggi tapi bila dah kerja kena mula dari bawah."
B : "Tak ada istilah penat atau rugi dalam mencari ilmu.Soal kerja adalah berkaitan rezeki,bukan hak kita
untuk mempertikaikan rezeki yang Allah bagi."
A : Terus terdiam.
>>Perbualan diatas sekadar "Contoh".
>>Fahami mesej yang ingin disampaikan
>>Realiti : Mentaliti masyarakat kita pada hari ini.
>>Sekadar pandangan dari sudut permerhatian lensa mata.
Monday, 14 September 2015
Kerjernihan Air Sungai Bangang
Siapa yang tak jatuh hati tatkala melihat air sungai yang airnya begitu jernih. Sudah tentu rasa teruja melihat panorama yang begitu indah biarpun hanya melalui gambar. Siapa cakap Malaysia tak ada tempat yang menarik untuk diterokai, buktinya Sungai Bangang adalah satu daripadanya. Airnya yang jernih menggamit sesiapa sahaja untuk datang kesini bermandi manda.
Aku mengetahui Sungai Bangang ni pun melalui satu entri yang aku baca di laman sesawang Oh Bulan! dan aku juga rasa terpanggil untuk menulis mengenai sungai bangang ni. Kepada yang bercadang ingin datang kesini bersama ahli keluarga, aku rasa anda perlu fikirkan terlebih dahulu kerana tidak mudah untuk datang kesini, Hanya yang mempunyai hati yang kental dan mempunyai tahap stamina yang tinggi boleh sampai kesini.
Sungai Bangang sebenarnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak semua yang berjaya sampai ke sini memandangkan lokasinya yang jauh dan tinggi.Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya
sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina dan perlu
bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya
sampai sini dah lewat petang, maghrib.
Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Berminat atau tidak untuk datang ke sini?Kalau berminat dan ada kesungguhan korang juga boleh sampai kesini bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan". Mungkin perlu tempuhi segala kesusahan untuk sampai kesini tapi aku rasa ianya sangat berbaloi.
Aku juga pernah join aktiviti mendaki gunung dan bukit masa zaman study dulu,serius aku cakap biar pun penat tapi percayalah ianya memberikan satu kepuasan pada diri sendiri apatah lagi dapat ke tempat yang secantik ni,dimana tidak semua orang berkesempatan untuk sampai kesini. Aku juga harap suatu hari nanti aku juga diberikan peluang untuk sampai ke Sungai Bangang ni.
CBL TERANGGANU? DIMANAKAH?
CBL Terangganu? Dimanakah? Pada mulanya aku pun tertanya-tertanya maksud di sebalik nama singkatan CBL sebab baru pertama kali dengar .Jawapan kepada segala persoalan adalah seperti di bawah. Aku sekadar copy and paste daripada website Oh Bulan! sebab tak tahu macam mana nak terangkan.
Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi
dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering
digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong,
Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.
Sangat jernih airnya.
CARA UNTUK SAMPAI SINI?
Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan
Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari
Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.
Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan
seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan
bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi
permulaan.
Kalau korang teringin datang sini tapi tak tahu tapi tak ada group untuk datang sini?Senang je,korang boleh join group yang aktif dalam aktiviti mendaki gunung dan sudah tentu mereka ini di kalangan yang lebih arif dalam selok belok jalan mendaki gunung. korang boleh pilih dan usha yang ni 16 'Outdoor Groups' Yang Anda Boleh Sertai Untuk Pelbagai Aktiviti Lasak Dan Ekstrem
Kalau korang teringin datang sini tapi tak tahu tapi tak ada group untuk datang sini?Senang je,korang boleh join group yang aktif dalam aktiviti mendaki gunung dan sudah tentu mereka ini di kalangan yang lebih arif dalam selok belok jalan mendaki gunung. korang boleh pilih dan usha yang ni 16 'Outdoor Groups' Yang Anda Boleh Sertai Untuk Pelbagai Aktiviti Lasak Dan Ekstrem
Subscribe to:
Posts (Atom)