Sunday 20 September 2015

Terima Kasih Tuhan

KELIRU...

Satu perkataan yang mampu aku luahkan ketika ini. Aku semakin buntu,aku penat. Seketika aku pejamkan mata ,satu keluhan berat di lepaskan dari rongga penafasan aku.
Disaat hati aku sudah menanam tekad mengejar impianku. Disaat jiwa aku berkobar-kobar menuju ke arah satu jalan demi meraih cita-citaku tiba-tiba aku lelah dan berhenti di pertengahan jalan ,keyakinan aku hilang, terus lenyap.

Aku tanya sama hati kenapa selalu berubah-ubah? Di mana letaknya sebuah pendirian? kau sudah berada di pertengahan!! Kenapa perlu berhenti disaat kau hampir ke garisan penamat?Adakah kau takut akan sebuah kegagalan?Adakah ini maksudnya kau sudah menyerah kalah dan berputus asa sebelum kau berusaha sehabis daya? Segala persolan hanya meninggalkan tapak kosong , aku tiada jawapaan untuk itu.
"Bodoh!! Pengecut!!"
Tiba-tiba satu suara bernada keras menyentak gegendang telinga, aku terdiam sesaat.Aku tertanya-tanya dari mana datangnya suara itu? 
"Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam la beb!! alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan." Kata  suara itu lagi.
"Err...kau...kau..Siapa?" Soal aku dalam nada tergagap-gagap, bulu romaku berdiri tegak.
"Kau tanya aku siapa?Bodohnya soalan kau!! Hahahahahahaha..."
Suara itu menjawab di sertai hilai tawa seakan mengejek.Entah mendengar tawa itu menerbitkan  rasa panas di hati aku, hilang terus segala ketakutan yang aku rasai tadi.
"Kau jangan main-main dengan aku!! Siapa kau sebenarnya? Lebih baik baik kau cakap!  Kau  bukan manusia kan?"
Soal aku berani, aku dah  tidak kisah kalau di depan aku ni  adalah  iblis jahanam atau jin laknat sekalipun.

"Aku adalah kau." Jawab suara itu akhirnya.
"Apa? Aku adalah kau? Merepek!!"
Aku mengeleng kepalaku, langsung tidak boleh menerima jawapan yang langsung tidak boleh diterima akal warasku.
"Kau tak percaya?Benar aku adalah kau. Aku bersuara melalui kata hati kau."Aku semakin keliru, tidak faham.
"Ayuh! bangun, pergi berdiri di depan cermin. Tengok diri kau dari hujung kepala sampai ke hujung kaki dan tanya diri kau? Kau nak apa dalam hidup ni? Sudah tercapai atau belum segala impian yang kau  catit dalam kepala otak kau atau semuanya hanya sekadar angan-angan mat jenin. Berhenti jadi seorang penakut, Jika kau mahu segala impian kau menjadi sebuah realiti,buanglah segala anasir negatif yang buat diri kau jatuh, tukarlah kepada positif. Jangan berputus asa, jika kau menemui kebuntuan di pertengahan jalan, mohonlah pada Tuhan agar di beri jalan keluar. Jangan letak diri kau dalam posisi putus asa atau menyerah kalah. Berjalan dan terus berjalan sehingga ke garisan penamat, Insha'Allah, jika di izinkan olehnya, kau akan dapat rasai apa itu kemanisan  sebuah kejayaan."
Aku mendengar suara itu berhujah, terang dan jelas segala isi yang di sampaikan sehingga dapat di cerna dengan baik menuju ke saluran kotak akal fikiranku.Tertanya-tanya juga, benarkah suara itu adalah aku sendiri?Kata hati aku?Mungkinkah?."

Beberapa saat kemudian aku seakan tersedar dari lena yang panjang. Adakah aku sedang bermimpi?Aku memerhati di setiap sudut bilik menggunakan lensa mata, tiada siapa kecuali aku. Keadaan sekitar aku sunyi dan sepi yang kedengaran hanya bunyi kipas yang ligat berpusing. Dadaku berdebar-debar, mana perginya suara tadi? Segala perbualan tadi masih aku ingati, sampai satu babak aku mula teringat akan sesuatu.

"Ayuh! bangun, pergi berdiri di depan cermin. Tengok diri kau dari hujung kepala sampai ke hujung kaki dan tanya diri kau? Kau nak apa dalam hidup ni?" Ayat itu terngiang-ngiang di ruangan mindaku.

Cepat saja aku bangun dari dari atas katil, mula mengatur langkah menuju ke arah almari pakaian, yang diluarnya sudah tertampal cermin panjang setinggi aku. Kini aku sudah berdiri tegak di depan cermin dan pantulan di dalam cermin itu sudah tentu aku. Aku tengok diri aku, dari hujung kepala hingga hujung kaki seperti yang disarankan oleh suara itu. Apa yang aku dapat lihat? Sempurna tiada cacat celanya, anggota fizikal aku cukup segalanya, syukur alhamdulilah di atas segala kenikmatan yang di beri olehnya.Selain itu? Aku memandang diri aku didalam cermin sedalamnya, Aku mula faham akan sesuatu.

"Aku adalah manusia yang ada impian dan cita-cita tetapi tidak pernah berusaha menjadikan itu semua sebagai realiti. Dikurniakan bakat yang mampu menjana pendapatan dan kepuasan dalam diri malangnya aku selalu gagal sahut segala peluang yang terbentang di depan mata. Mungkin betul kata suara itu, aku umpama hangat-hangat tahi ayam, bersemangat di awalnya dan meninggalkan semuanya bila rasa susah. Konon hidup aku berprinsip tapi malangnya hati tak pernah tetap."

Aku menyedut oksigen dalam-dalam, dan melepaskan karbon dioksida secara perlahan-lahan ke udara. Aku raup muka aku menggunakan kedua belah tapak tangan aku .Sekali lagi aku perhati wajah aku dicermin untuk beberapa minit, aku memasang tekad. Mulai hari ini, jam ini dan saat ini aku perlu berubah jadi insan baru. Aku perlu bangkit! agar tidak terus diselimuti angan-angan kosong yang kesudahannya hanya memberikan seribu kerugian pada diri sendiri. Aku perlu berusaha mendaki anak tangga demi anak tangga sehinggalah berjaya menawan puncak. Kali ini aku tak akan gagal, aku akan jadikan impian menjadi kenyataan. Aku akan buktikan yang aku bukan sekadar tin kosong tetapi tin berisi sardin.

"Terima kasih Tuhan kerana menyedarkan aku. Syukur Alhamdulilah...."


 ## Sekadar cetusan ilham, tidak ada kena mengena di antara yang hidup atau pun
      yang telah meninggal dunia. Sekian Terima Kasih.
       

No comments:

Post a Comment