Monday, 14 September 2015

Kerjernihan Air Sungai Bangang

Siapa yang tak jatuh hati tatkala melihat air sungai yang airnya begitu jernih. Sudah tentu rasa teruja melihat panorama yang begitu indah biarpun hanya melalui gambar. Siapa cakap Malaysia tak ada tempat yang menarik untuk diterokai, buktinya Sungai Bangang adalah satu daripadanya. Airnya yang jernih menggamit sesiapa sahaja untuk datang kesini  bermandi manda.


Aku mengetahui Sungai Bangang ni pun melalui satu entri yang aku baca di laman sesawang Oh Bulan! dan aku juga rasa terpanggil untuk menulis mengenai sungai bangang ni. Kepada yang bercadang ingin datang kesini bersama ahli keluarga, aku rasa anda perlu fikirkan terlebih dahulu kerana tidak mudah untuk datang kesini, Hanya yang mempunyai hati yang kental dan mempunyai tahap stamina yang tinggi boleh sampai kesini. 

Sungai Bangang sebenarnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak semua yang berjaya sampai ke sini memandangkan lokasinya yang jauh dan tinggi.Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya sampai sini dah lewat petang, maghrib.

Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Berminat atau tidak untuk datang ke sini?Kalau berminat dan ada kesungguhan korang juga boleh sampai kesini bak kata pepatah "Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan". Mungkin perlu tempuhi segala kesusahan untuk sampai kesini tapi aku rasa ianya sangat berbaloi. 

Aku juga pernah join aktiviti mendaki gunung dan bukit masa zaman study dulu,serius aku cakap biar pun penat tapi  percayalah ianya memberikan satu kepuasan pada diri sendiri  apatah lagi dapat ke tempat yang secantik ni,dimana tidak semua orang berkesempatan untuk sampai kesini. Aku juga harap suatu hari nanti aku juga diberikan peluang untuk sampai ke Sungai Bangang ni.




CBL TERANGGANU? DIMANAKAH?

CBL Terangganu? Dimanakah? Pada mulanya aku pun tertanya-tertanya maksud di sebalik nama singkatan CBL sebab baru pertama kali dengar .Jawapan kepada segala persoalan adalah seperti di bawah. Aku sekadar copy and paste daripada website Oh Bulan! sebab tak tahu macam mana nak terangkan.
  
Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.

Sangat jernih airnya.

CARA UNTUK SAMPAI SINI?

Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.

Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

Kalau korang teringin datang sini tapi tak tahu tapi tak ada group untuk datang sini?Senang je,korang boleh join group yang aktif dalam aktiviti mendaki gunung dan sudah tentu mereka ini di kalangan yang lebih arif dalam selok belok jalan mendaki gunung. korang boleh pilih dan usha yang ni 16 'Outdoor Groups' Yang Anda Boleh Sertai Untuk Pelbagai Aktiviti Lasak Dan Ekstrem



No comments:

Post a comment