Thursday 24 September 2015

Terkecil hati?Terasa Hati?

Pernah tak dalam hidup ni korang rasa kecik hati sangat untuk banyak perkara tapi kau memilih untuk buat tak peduli, buat seperti tiada apa dalam pada yang sama kau masih boleh tersenyum, bergelak berdekah-dekah tapi hakikatnya di hati kau sebenarnya rasa sakit sangat,hati kau menangis dalam diam.

Pernah tak rasa macam tu?Kau nak luah tapi kau takut, kau nak hamburkan segala yang kau rasa kau tak sampai hati , kau nak terus terang kau fikir banyak kali  lastly kau memilih untuk diam  dan berlagak selamba. Hati kau  pula terus di buai-buai dengan kata-kata penyedap hati sendiri.

“Tak pe lah dah biasa kena macam ni.”
“Biar orang buat kita,jangan kita buat orang.”
“Pedulikanlah apa orang nak kata,buat bodoh sudah.”
“Dia nak kata apa pun kata lah, aku dah tak kisah, lantak pi kat dia.”
“Biasalah kalau dah jumpa kawan baru,kita ni mana dia nak ingat dah, 
buat macam kain buruk ja.”
“Think positive,semunya baik-baik saja.”
“Hati jangan nak terasa sangat.”

Seterusnya bla…bla…bla… itu sekadar contoh, lain situasi lain rasanya.

Aku juga pernah rasa ini semua, bukan sekadar pernah rasa tapi selalu sangat tapi seperti biasa aku memilih untuk diam, konon  silence is golden. Aku buat tak peduli padahal hati terasa sangat dengan kata-kata orang sekeliling, kalau setakat orang sekeliling aku pejam sebelah mata saja tapi kalau kata-kata sepedas cili, sepedih luka di jari keluar dari mulut insan yang rapat dengan aku, orang yang aku sayang,of course perasaan tu lain macam, bisa dia boleh sampai buat air mata ni terkeluar dengan sendirinya.

Aku nak tanya ni, kalau korang lah kan, apa yang korang rasa? Cuba bayangkan dan rasa perasaan tu. Aku malas nak  huraikan, aku nak korang bayang dan rasa. 
 
Kalau aku ni bermulut puaka, mungkin dah lama segala kata-kata perlian,hinaan ,cacian itu semua aku lepaskan ibarat peluru berpandu, laju tepat mengena sasaran dan aku juga dah tak kisah apa dia rasa,janji hati aku puas sebab dah berjaya luah apa yang aku rasa. Pergi jahanam la kalau perhubungan yang terbina bertahun berabad mana  sekali pun terputus dan terlerai, aku dah tak ambil peduli. 

Sejujurnya aku memang  teringin nak jadi watak macam ni, berani bersuara lantang asalkan hati sendiri terbela dan terjaga tapi aku perlu sedar aku bukan macam tu dan aku tak mampu nak jadi macam tu tapi tak tahu lah one day tetiba aku berubah sikap,bukankah manusia boleh berubah mengikut arus masa atau pun berdasarkan  pengalaman hidup.

Aku memilih diam bukan bermakna aku lemah, memilih diam tak beerti aku pengecut. Aku memilih diam hanya untuk menjaga hati orang lain. Aku memilih diam supaya aku tidak memusuhi siapa. Selagi aku boleh sabar aku terus sabar, selagi orang tak kaitkan mak ayah aku, adik beradik aku selagi itu aku boleh terus diam. 

Nak kata apa pun...kata la...aku terasa, aku kecil hati biar aku aku tanggung sendiri, luka yang dirobek biar aku letak ubat dan tampal plaster sendiri sebab aku malas untuk ambil tahu apa orang kata dekat aku, aku dah penat untuk ambil kisah dengan apa orang nak kata so diam itu mungkin lebih baik dari menjawab


No comments:

Post a Comment