Pernah tak rasa macam tu?Kau nak luah tapi kau
takut, kau nak hamburkan segala yang kau rasa kau tak sampai hati , kau nak
terus terang kau fikir banyak kali
lastly kau memilih untuk diam dan
berlagak selamba. Hati kau pula terus di
buai-buai dengan kata-kata penyedap hati sendiri.
“Tak pe lah dah biasa kena macam ni.”
“Biar orang buat kita,jangan kita buat orang.”
“Pedulikanlah apa orang nak kata,buat bodoh sudah.”
“Dia nak kata apa pun kata lah, aku dah tak kisah,
lantak pi kat dia.”
“Biasalah kalau dah jumpa kawan baru,kita ni mana
dia nak ingat dah,
buat macam kain buruk ja.”
“Think positive,semunya baik-baik saja.”
“Hati jangan nak terasa sangat.”
Seterusnya bla…bla…bla… itu sekadar contoh, lain
situasi lain rasanya.
Aku juga
pernah rasa ini semua, bukan sekadar pernah rasa tapi selalu sangat tapi
seperti biasa aku memilih untuk diam, konon
silence is golden. Aku buat tak peduli padahal hati terasa sangat dengan
kata-kata orang sekeliling, kalau setakat orang sekeliling aku pejam sebelah
mata saja tapi kalau kata-kata sepedas cili, sepedih luka di jari keluar dari
mulut insan yang rapat dengan aku, orang yang aku sayang,of course perasaan tu
lain macam, bisa dia boleh sampai buat air mata ni terkeluar dengan sendirinya.
Aku nak tanya ni, kalau korang lah kan, apa yang
korang rasa? Cuba bayangkan dan rasa perasaan tu. Aku malas nak huraikan, aku nak korang bayang dan
rasa.
Kalau aku ni bermulut puaka, mungkin dah lama
segala kata-kata perlian,hinaan ,cacian itu semua aku lepaskan ibarat peluru
berpandu, laju tepat mengena sasaran dan aku juga dah tak kisah apa dia
rasa,janji hati aku puas sebab dah berjaya luah apa yang aku rasa. Pergi
jahanam la kalau perhubungan yang terbina bertahun berabad mana sekali pun terputus dan terlerai, aku dah tak
ambil peduli.
Sejujurnya aku memang
teringin nak jadi watak macam ni, berani bersuara lantang asalkan hati
sendiri terbela dan terjaga tapi aku perlu sedar aku bukan macam tu dan aku tak
mampu nak jadi macam tu tapi tak tahu lah one day tetiba aku berubah
sikap,bukankah manusia boleh berubah mengikut arus masa atau pun
berdasarkan pengalaman hidup.
Aku memilih diam bukan
bermakna aku lemah, memilih diam tak beerti aku pengecut. Aku memilih diam
hanya untuk menjaga hati orang lain. Aku memilih diam supaya aku tidak memusuhi
siapa. Selagi aku boleh sabar aku terus sabar, selagi orang tak kaitkan mak
ayah aku, adik beradik aku selagi itu aku boleh terus diam.
Nak kata apa
pun...kata la...aku terasa, aku kecil hati biar aku aku tanggung sendiri, luka
yang dirobek biar aku letak ubat dan tampal plaster sendiri sebab aku malas untuk
ambil tahu apa orang kata dekat aku, aku dah penat untuk ambil kisah dengan apa
orang nak kata so diam itu mungkin lebih baik dari menjawab