Sunday 13 September 2015

Al-kisah "Last seen"

Suatu malam...

Girlfriend menunggu boyfriend  hantar whatsapp, dengan penuh sabar dia menunggu. 

Girlfriend  faham boyfriend sibuk berkerja, biasalah kerja shift jadual kerja yang tak menentu tapi hari ni girlfriend tahu yang boyfriend kerja pagi dan baliknya malam .

Girlfriend terus menunggu walaupun dia tahu penantian itu suatu penyeksaan, dia tetap menunggu.Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tidak girlfriend yang memulakan dulu hantar whatsapp?Kenapa perlu menunggu boyfriend? 

Mungkin ada suara-suara sumbang berkata, 

"Nampak sangat gedik nak kan perhatian boyfriend,nak cari "Point" gaduh + bertekak sebab boyfriend tak hantar whatsapp dulu la tu". Dalam nada menyindir sambil buat memek muka jeling.

Untuk pengetahuan sekalian alam Girlfriend tak ada la "Desperate" sampai tahap tu. Girlfriend sekadar nak tengok sejauh mana sikap ambil berat boyfriend, tak mintak banyak,sikit pun tak pe asalkan ada.

Kalau sebiji kek bulat yang berukuran 8inci tu ,kalau boleh dapat sepotong kek pun dah cukup buat girlfriend tu gembira dan tersenyum. Hahaha... Ok, itu sekadar metafora.

Sehingga tepat pukul 12.00am belum ada tanda bunyi di telefon yang menandakan ada whatsapp masuk. Hati girlfriend mula terbakar bukan hanya kerana boyfriend tak hantar tapi angkara whatsapp angkara "last Seen" boyfriend yang berubah-ubah sejak pukul 8.30pm tadi. 

"Whatsapp dengan siapakah?Kenapa dia tak whatsapp aku?" Anasir curiga mula menerjah akal yang waras.

Sejak tadi lagi, pelbagai gambaran negatif bermain di kotak  fikiran tapi di tepis girlfriend dengan pelbagai alasan penyedap hati sendiri. Mungkin boyfriend"busy", Mungkin boyfriend sedang whatsapp kawan-kawan dia,Mungkin boyfriend perlu ruang "privacy" untuk diri dia sendiri dan family dia. Girlfriend? Mungkin sekejap lagi boyfriend hantar la tu whatsapp.Sudah tentu satu patah ayat "Mungkin" hanya untuk pujuk hati sendiri sedangkan hati dah patah seribu

Mungkin bersamaan = Tak pasti....

Girlfriend capai handphone berlogo apple miliknya (made in china), lantas di buka whatsapp chats boyfriend... tertera "online" menandakan boyfriend sedang online. Semakin mendidih hati girlfriend macam gunung berapi yang ingin memuntahkan laharnya.

Girfriend terus taip whatsapp...

"hai, you buat apa tu." disertai sekali emoticon smile padahal sepatutnya letak emoticon angry.

"Tak buat ape sayang, I baru bangun. Tertido tadi...letih sangat. Kerja banyak la hari ni sayang. I'm really sorry, because I do not Whatsapp you. I baru je online, baru je I nak whatsapp you tapi you whatsapp dulu dah" Disertai sekali emoticon sleepy and smile.

"What? Tertidur?Baru online?Alasan kurang cerdik!. Kau ingat aku ni bodoh ke ape?Habis yang last seen whatsapp kau dari tadi asyik berubah masa? Sape yang duk online? Hantu?Nak tipu pun, lain kali private la dulu kau punya last seen, tak payah public. Grrrr...kau ingat aku tak tengok kau punya last seen..." Urghhh!!

Hanya mampu luah kemarahan dalam hati. Girlfriend tidak mahu terburu-buru , step by step...
Permainan baru bermula, jika boyfriend berani bermain dengan tali, girlfriend pula perlu berani bermain dengan jerat.

"Tertidur?Hurmm...tak ape le kalau you mengantuk, you tidur la . Good night and sweet dreams."Balas girlfriend.

Ayat dalam mesej tak seiring dengan perasaan di hati. Girlfriend semakin sakit hati , rasa bagai nak pecah.

"It's ok sayang. Mata I dah segar bila dapat whatsapp dari you. I rindu you sangat! You buat ape? Kenapa tak tidur lagi ni?

Balas boyfriend kepada girlfriend disertai emoticon love and smile.

Sayang...?Rindu...? Kalau ada taik telinga ni, confirm habis terkeluar bila dengar ucapan semanis semanis air tebu.

"You I tetiba rasa mengantuk lah lagi pun esok I kena bangun awal. I tidur dulu ye, sorry sangat-sangat.
Take care dear." 

"Balas girlfriend kepada boyfriend, semakin girlfriend berbalas whatsapp dengan boyfriend semakin hatinya sakit, lagi di tunggu girlfriend takut gunung berapi bakal meletus.

"Hurmm...ok..." Hanya dua patah perkataan di balas oleh boyfriend. Girlfriend tahu boyfriend sudah merajuk namun ego dan kata hatinya melarang memujuk , apa lagi disaat hatinya sedang hangat terbakar.

Terus girlfriend "offline" dalam sedar atau tak sedar, girlfriend terus tertidur dan handphone masih berada dalam genggaman tangan girlfriend.




++ Nampak tak "last seen" di whatsapp mampu memporak-porandakan sesuatu hubungan, walaupun dalam kisah ni, hubungan tu masih beterusan tetapi sebenarnya, ia dalam proses menuju kehancuran. "last seen" mampu menimbulkan syak wasangka dan curiga yang akhirnya boleh memusnahkan sesuatu hubungan.

>>>Moral this history

*Jangan suka membuat andaian tanpa mengetahui kebenaran
*Berterus terang lebih baik daripada memendam perasaan.
*Ego mampu memusnahkan kebahagiaan



No comments:

Post a Comment