Tadom Hill Resort
Awesome! Amazing! Fantastic!
Masa mula-mula tengok gambar yang sekarang ni tengah viral di laman sosial, serius aku ingat tempat ni bukan di Malaysia. Dalam kepala otak aku, bayangkan tempat ni mungkin di Thailand atau pun Indonesia tapi tekaan aku meleset sama sekali, ternyata tempat ni di Malaysia.
Tadom Hill Resort
Back to nature...
Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti lasak dan cintakan alam semula jadi , tempat ni wajib korang kunjungi. Sangat sesuai di jadikan tempat untuk beriadah dan camping bersama keluarga dan kawan-kawan.
Di kelilingi oleh permandangan bukit bukau batu kapur dan kejernihan air tasik yang berwarna kehijauan merupakan daya tarikan utama disini. Difahamkan tempat ni baru sahaja di buka dan beberapa daya tarikan lain masih lagi dalam proses pembinaan.
Tadom Hill Resort
Terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor, hanya mengambil masa 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada Bandaraya Kuala Lumpur.
Berkonsepkan resort yang di perbuat daripada buluh, jika di lihat daripada gambar boleh di katakan hampir semua struktur yang dibina dengan buluh. Difahamkan kawasan Tadom Hill Resorts ini dibangunkan dengan bantuan
Orang Asli setempat yang pakar dalam membuat sesuatu menggunakan hasil
hutan.
Kerusi Buluh
Bilik mandi dan tandas juga di perbuat dari Buluh
unik dan kreatif
Tadom Hill Resort terletak di Perkampungan Orang Asli
Setakat ini Tadom Hill Resort menyediakan 3 jenis pakej "Tempat Tinggal" kepada sesiapa yang ingin merasai pengalaman "Overnight" disini iaitu Tadom Hammock
Sphere, Tadom Tent Sites,Vip Bamboo Hut. Sebelum bercadang untuk "Check in" di sini better korang check dulu di website mereka sebab takut penuh.
Tadom Hammock Sphere
Tadom Tent Site
Vip Bamboo Hut
TADOM FLASH
Terapung Diatas Air
Floating lounge chairs (Lexies)
Kerusi buluh ni boleh di gunakan untuk bersantai di atas air sambil menikmati keindahan alam semula jadi
Bersantai Diatas Rakit Buluh
Lompat! Terjun! dan Selam !
Diving platform
Buaian Buluh Diatas Air
Duduk di atas buaian buluh di atas air yang kedalamannya mencecah 20 kaki. Bagi pendapat aku bukan mudah untuk naik atas buaian tu jika kaki tidak mencapai dasar tasik. Perlu ada kegigihan, usaha dan teknik yang betul. Walaupun tak pernah cuba tapi boleh bayangkan sebenarnya naik buaian buluh ni tak semudah yang dilihat seperti di dalam gambar.
TADOM BASE CAMP
Bagi yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak, boleh cuba semua aktiviti yang di sediakan di Tadom Base. Difahamkan terdapat juga aktiviti seperti Flying Fox, Water Sliding dan lain-lain lagi di sini tetapi harganya berbeza.
Kadar bayaran yang di kenakan?
Menarik atau tidak Tadom Hill Resort? Walaupun aku tak pernah sampai lagi disini tetapi aku yakin tempat ni berbaloi untuk di kunjungi. Hanya dengan melihat gambar sahaja sudah buat aku jatuh hati . Apa pun tempat ni belum siap sepenuhnya . Mungkin bila dah siap sepenuhnya nanti ,tidak mustahil Tadom Hill Resort bakal menjadi antara tempat percutian yang "popular" di Malaysia.
Untuk segala pertanyaan dan tempahan , korang boleh la "check" sendiri di website mereka http://www.tadomhillresorts.com/ atau pun boleh tengok info di laman facebok https://www.facebook.com/tadomhill?fref=nf
>>Sumber gambar : Website Tadom Hill Resort, OH BULAN, Facebook Tadom Hill Resort
No comments:
Post a Comment