Biarkan mereka dan mereka berkata apa sahaja.
Pedulikan kata-kata sinis
yang menjengah halwa telinga.
Siapa mereka untuk mentafsir apa yg
kita tanggung dan rasa.
Hanya memandang kita dari luar dan...
membuat
pernilaian memang semudah duduk bersilang kaki sambil layan secawan
coffee.
Mungkin juga mereka ahli psikologi yang begitu bijaksana
Mampu mengetahui segalanya tentang manusia..
Luar dan dalam,zahir dan batin... sangat hebat!.
Mereka merasakan diri mereka sempurna.
Sedangkan kita terlalu banyak kelemahan.
Tepuk tangan... lima bintang diberikan kerana mereka mampu menjadi
ketua juri kepada kehidupan manusia.
Pedulikan... abaikan!
Kita buat seperti biasa..
Diamkan diri lebih baik...
Berlawan kata beerti kita juga seperti mereka
No comments:
Post a Comment