Friday 4 September 2015

Zaman budak hingusan era 90-an

Sesekali  minda aku memproses kembali segala data memori yang tersimpan episod kenangan masa kecil aku. Suatu zaman yang berbeza dengan zaman yang sedang aku lalui sekarang.

Aku pejamkan mata dan bibir aku mengukir sebuah senyuman , aku tekan butang play pada rakaman video yang masih tersimpan kukuh dalam ingatan mindaku (tak semua,yang aku ingat saja).

Aku hanya mengimbas kembali episod zaman budak hingusan aku dulu di zaman 90an dan di awal tahun yang bermula dengan angka 2000 ,dimana belum ada nombor belasan di dua nombor terakhir. Jika di tanya berbanggakah aku di lahirkan di tahun 90an , dengan lajunya aku akan menjawab YES!!

Tahu kenapa? Kerana ,apa  yang aku lalui dan rasai pada zaman itu tidak di lalui budak hingusan zaman teknologi canggih seperti sekarang.

Aku melalui zaman kanak-kanak yang sebenar-benarnya, di beri ruang kebebasan bermain dengan rakan sebaya, tahu rasanya nikmat berlemoih , bau busuknya peluh. Budak lelaki dan perempuan boleh berkawan macam sama jantina tanpa ada sebarang tarikan magnet.

Budak zaman sekarang umur baru 11 tahun dah pandai fall in love, bersayang-sayang,konon itulah cinta pertama dan terakhir, dah tahu apa itu seks.  Paling teruk dah pandai lari rumah ikut boyfriend ,bagi alasan sebab cinta terhalang. kami dulu mana reti semua tu, yang tau pi sekolah,belajar,bersukan,makan dan main dengan rakan sebaya. Zaman sekolah rendah tak wujud istilah cinta cintun.

Cuba di tanya pada budak-budak zaman sekarang, masih main tak permainan  pondok-pondok? tuju kasut? teng teng?galah panjang?tuju guli?congkak? Sembunyi-sembunyi? dan yang seangkatan dengannya, malas aku nak taip banyak, confirm jawapannya depa tak tahu.

Haaa.. yang tu kalau kat rumah , kalau kat sekolah dulu aku masih ingat aku main lawan pemadam, kutip batu buat main batu seremban, pukul berapa datuk harimau dan banyak lagi .

Budak zaman sekarang mana lalui semua tu, mereka sekarang lebih terdedah dengan gadget dan permainan komputer tak pun bukak channel astro layan kartun.

Zaman aku dulu mana ada gadget-gadget ni , yang ada pun handphone itu pun aku tau guna masa aku tingkatan satu, itu pun handphone 3310,sekadar boleh call dan mesej, skrin pun kecik, warna pulak hitam putih.

Zaman sekarang dah ada gadget yang lebih canggih yang di beri nama handphone pintar, dengan adanya benda ni semua dah jadi mudah, senang cakap segalanya di hujung jari. Realitinya  budak sekarang umur baru masuk tiga tahun dah pandai main tablet, main ipad, sekadar guna jari scroll atas kebawah, ke kanan dan kiri .Hebat!

Serius aku cakap ,aku tak pernah cemburu dengan apa yang di lalui budak zaman teknologi canggih seperti sekarang sebab aku bangga di lahirkan di tahun 90an sebab apa yang aku lalui tidak di lalui budak zaman sekarang.

Kalau budak zaman sekarang di beri peluang merasai zaman aku dulu mesti depa cakap, ruginya depa tak dapat rasai semua tu. Inilah di katakan bila dunia teralu moden segala yang tradisional semakin terhapus dan akhirnya semuanya di letakkan di muzium untuk di khabarkan ke generasi abad 2020 . Aku hanya mampu berfikir sejenak, abad 2020? Kemodenan apakah yang ada ketika itu? yang membina atau merosakkan?

No comments:

Post a Comment